- Hit: 856
ARA DAMANSARA, 24 Oktober 2019 - Keusahawanan Sosial (Social Enterprise) merupakan konsep yang sering dibincangkan mutakhir ini. Maka atas dasar tersebut, para staf Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. telah menyertai kursus 'Social Enterprise Knowledge Day' yang diadakan di Bilik Semangat Mendaki YBK Usahasama Sdn. Bhd., Dataran Ara Damansara.
Kursus selama setengah hari ini telah disampaikan oleh saudari Nurliana Mohamad daripada Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) merangkap AJK Kerja Majlis Belia Malaysia. Para peserta telah diperkenalkan dengan konsep Keusahawan Sosial melalui sesi ceramah, aktiviti dalam kumpulan dan perbincangan dua hala.
Di akhir sesi, semua peserta telah memahami idea Keusahawan Sosial untuk dipraktikkan dalam lapangan kerja dan kehidupan seharian.