- Hit: 949
KUALA LUMPUR, 21 September 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dijalankan seperti biasa pada hari ini.
Sejumlah 200 pek sarapan pagi dan minuman diedarkan kepada rakan-rakan jalanan usai solat Subuh. Proses edaran berjalan lancar dengan rakan-rakan jalanan memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang amat baik. Pegawai YBK yang hadir telah melaksanakan edaran bersama-sama petugas Masjid. Sarapan dan minuman pagi ini disediakan sendiri oleh staf YBK secara bergotong-royong melalui aktiviti Dapur YBK.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.