- Hit: 1010
KUALA LUMPUR, 20 Julai 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah dilaksanakan pada hari ini selepas berehat hampir dua (2) bulan bagi memberi laluan kepada Ramadhan dan Hari Raya Puasa.
Edaran 200 pek sarapan pagi dan minuman dimulakan selepas solat Subuh dan selesai sepenuhnya pada jam 7:15 pagi. Proses edaran berjalan lancar dengan rakan-rakan jalanan memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang amat baik. Pegawai YBK yang hadir telah melaksanakan edaran dan dibantu oleh pegawai Masjid dan selesai sepenuhnya pada jam 8:00 pagi.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.