- Hit: 914
KENDARI (INDONESIA), 25 Jun 2019 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyertai International Seminar on Social Science & Development yang dianjurkan oleh Universiti Halu Oleo. YBK telah diwakili oleh Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang menjadi salah seorang pembentang utama (keynote speaker).
Turut bersama, En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK) dan En. Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus, Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Modal Insan). Program bermula pada jam 9 pagi waktu tempatan di Dewan Hotel Horison Kendari dan disertai oleh pensyarah, pelajar dan jemputan daripada NGO dan pelbagai.
Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Ayub telah membentangkan kertas beliau bertajuk 'Sustainability of Poverty Eradication Program Through Vocational Education and Skills Initiative, Case Study : Yayasan Basmi Kemiskinan Malaysia'.
Pada sebelah malamnya pula berlangsung sesi meja bulat (roundtable) bersama wakil NGO, wakil Universiti Halu Oleo dan para 'keynote speakers' seminar. Perkongsian berkenaan program dan kejayaan Yayasan Basmi Kemiskinan telah disampaikan oleh ALPA YBK, En. Zulhairy Jalaluddin bersama Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub.