- Hit: 973
Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkanΒ enam (6) buah keluarga terpilih di kawasan Gombak. Serahan disempurnakan oleh Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan. Keluarga yang berkenaan adalah;
GOMBAK, 09 Mei 2019 β Di rumah ini tinggal En. Azhar Ahmad bersama isteri Pn. Siti Roslizawati Mohd Saad bersama 4 orang anak yang masih bersekolah. Rumah yang dibina menggunakan bahan bahan terpakai sekadar dapat menampung dari panas dan hujan. Namun terdapat beberapa bahagian bumbung yang sudah bocor.
Isteri beliau mengidap penyakit SLE dan kesihatan semakin merosot hari demi hari dan tidak lagi mampu membuat apa apa kerja sekalipun.
En Azhar berkerja disebuah hotel namun pendapatan yang diperolehi jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan ahli keluarganya.
Sumbangan dari Numa Solution Sdn Bhd disampai oleh Yayasan Basmi Kemiskinan bagi membantu keperluan keluarga ini untuk bersahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadhan ini.
[BM-SGR-001]
GOMBAK, 09 Mei 2019 β Pn. Nor Azimah Abdul Razak baharu sahaja pindah ke rumah ini yang telah di baikpulih secara gotong royong oleh Sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama masyarakat kampung, UTM dan Akademi Kemahiran Ybk. Sebelumnya beliau tinggal di sebuah rumah yang sangat daif di mana air pasti akan memenuhi ruang rumah setiap kali hujan turun.
Sebagai seorang ibu tunggal beliau menjaga 3 orang anak yang semuanya tidak bersekolah akibat kesusahan dan ketiadaan dokumen sijil kelahiran. Anak anak beliau berumur 15 tahun, 13 tahun dan 11 tahun.
Beliau bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai di Kuala Lumpur bagi menampung keperluan anak anak. Beliau juga disahkan mengidap penyakit paru paru berkuman dan sedang mendapat rawatan dari HKL.
Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan dari Hjh Ramlah Bt Yusoh bagi memenuhi keperluan bersahur dan berpuasa keluarga ini.
[BM-SGR-002]
GOMBAK, 09 Mei 2019 β En Hamzah Nasir, kematian isteri setahun yang lalu akibat kanser payu dara. Kita dia membesarkan anak anak seramai 3 orang yang masih bersekolah. Bagi memudahkan urusan anak anak beliau tinggal di rumah ibu mertuanya.
Beliau berkemahiran dalam pertukangan rumah dan pendapatan bergantung kepada upah atas kerja kerja yang diminta. LZS membantu persekolahan anak anak beliau dengan pemberian RM500 sebulan. Beliau tinggal disebuah rumah kecil diatas tanah milik ibunya.
Sumbangan dari Zanariah Bt Kasim telah disampaikan kepada beliau untuk keperluan bersahur dan berbuka keluarga ini.
[BM-SGR-003]
GOMBAK, 9 Mei 2019 β En. Mustafa Saad, 68 tahun tinggal di rumah sewa ini bersama isteri, Pn.Araya Dasae dan 7 orang anak mereka. Walaupun 2 orang anak mereka sudah bekerja namun pendapatan mereka tidaklah banyak untuk membantu beliau. Tiga orang anak masih bersekolah, seorang menunggu tawaran menyambung pelajaran dan seorang masih di tadika.
Beliau yang lumpuh seluruh anggota tidak lagi mampu bergerak apa lagi untuk bekerja. Isteri pula tidak bekerja sepenuhnya kerana menjaga beliau. Pihak LZS ada menyalurkan sumbangan RM700 sebulan dan pihak JKM memberi RM300 sebulan bagi meringankan beban keluarga ini.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan kali ini adalah dari Suzana Akmam Selamat diserahkan kepada isteri beliau.
[BM-SGR-004]
GOMBAK, 9 Mei 2019 β En. Razali Moh Rais bekerja sebagai Penggali Kubur mempunyai 7 orang anak. 4 orang masih bersekolah, 2 belum bersekolah dan 1 sudah tidak bersekolah. Isteri, Pn. Roziah Bt Che Hot pula sebagai suri rumah dan tidak bekerja.
Kerana kesempitan hidup dengan pendapatan yang tidak seberapa, beliau sekeluarga menumpang dirumah ibu mertua, ia itu rumah pemberian LZS. LZS juga memberi bantuan bulanan RM500 utk perbelanjaan anak anak bersekolah.
Ziarah Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan pagi ini menyampaikan sumbangan dari Boca The Dragon, Alibah Ar. Rahim dan Putri Mazura kepada isteri beliau kerana beliau sedang bekerja menggali kubur.
[BM-SGR-005]
GOMBAK, 9 Mei 2019 β Mohammad Nizar b Basiron dan isteri Nazifatun Nazrom bt Sapar tinggal di rumah yang dibina sendiri ditanah setinggan di Kg Desa Mukmin Warisan, Gombak. Bekalan air dari perigi menggunakan pam eletrik untuk bekalan air dirumah.
Bekerja mengambil upah berkebun jika ada permintaan, pendapatan anggaran RM1,500. Isteri tidak bekerja. Anak 6 org beumur 2 tahun - 11 tahun dan seorang anak susuan berumur 4 tahun. Bantuan Zakat hanya untuk bantuan persekolahan anak-anak.
Sinar Kasih Ramadhan 2019 untuk keluarga ini bantuan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK.
[BM-SGR-006]