Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Melaka melibatkan lima (5) buah keluarga terpilih di kawasan Jasin. Keluarga yang berkenaan adalah;

JASIN, 11 Mei 2019 – En. Ishak bin Mutolib tidak lagi mampu bekerja kerana telah diserang stroke 5 tahun lalu. Tinggal bersama isteri Pn. Aini binti Meon dan 3 orang anak yang masih bersekolah.

Anak sulong sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Pagoh manakala yang bongsu berusia 9 tahun bersekolah di SK Seri Mendapat. Kehidupan keluarga ini bergantung kepada bayaran PERKESO yang diterima En Ishak sewaktu bekerja sebagai Pemandu Lori. Keluarga ini juga menerima bantuan persekolahan anak daripada JKM.

En. Ishak boleh dihubungi ditalian 06-263 4885.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan Cik Wani bersama sukarelawan YBK di Jasin, Melaka.

[RA-MLK-012]

JASIN, 11 Mei 2019 – En. Jamri bin Asun seorang muallaf dan isteri Pn Rahimah binti Abd Rahman dulunya tinggal di pedalaman Kudat, Sabah. Mereka dianugerahkan 5 orang anak berusia 16 tahun hingga 6 tahun.

Namun kerana keadaan penempatan yang jauh di pedalaman tidak mengizinkan mereka untuk mendaftarkan anak-anak di JPN. Dengan bantuan beberapa pihak, mereka sekeluarga telah berpindah ke Felcra Lembah Kesang dan En Jamri bekerja sebagai pekerja am Felcra. Keluarga ini juga mendapat bantuan daripada pejabat ADUN Sungai Rambai untuk mendaftarkan anak-anak mereka dan kini urusan pendaftaran baru sahaja selesai.

En. Mohd Jamri boleh dihubungi ditalian 011-31768653.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 untuk keluarga ini diterima daripada Syarikah Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh Cik Rabaah Ahmad bersama sukarelawan YBK di Jasin, Melaka.

[RA-MLK-013]

JASIN, 11 Mei 2019 – En Mohd Sani bin Mohd Said, seorang abang yang setia menjaga 2 orang adik yang perlu menjalani rawatan dialisis akibat kegagalan buah pinggang sejak mereka berusia 3 tahun. Adik yang bongsu berusia 18 tahun pula adalah seorang OKU yang masih bersekolah. Tugas menjaga adik-adik ini digalas oleh En Mohd Sani tanpa sebarang rungutan setelah mereka kematian ibu dan ayah 6 tahun yang lepas.

Keluarga ini tinggal dirumah peninggalan arwah ibubapa mereka di Rumah Awam, Sempang. Dengan pendapatan sebanyak RM30 sehari bekerja di sebuah kedai makan berdekatan rumah mereka, En. Mohd Sani menyara kehidupan mereka sekeluarga. Rawatan Dialisis dibuat di hospital berdekatan kerana kos rawatan tidak terlalu mahal.

En. Mohd Sani boleh dihubungi di talian 010-4365439.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh Cik Rabaah Ahmad bersama sukarelawan YBK di Jasin, Melaka.

[RA-MLK-014]

JASIN, 11 Mei 2019 – Pn. Midah binti Yusof, telah kehilangan suami setahun yang lalu setelah 4 tahun menderita sakit buah pinggang & tekanan darah tinggi. Selain menerima pencen arwah suami yang tak seberapa, Pn Midah bekerja membuat rempeyek dengan gaji RM38 sehari bagi menampung kehidupan beliau bersama 3 orang anak berusia 11 hingga 15 tahun. Keluarga ini tinggal dirumah yang telah dibina oleh arwah suami Pn. Midah di Kg. Sempang Pantai.

Pn. Midah boleh dihubungi ditalian 013 668 9444.

Sumbangan SKR kali ini adalah dari Syarikat Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh Pn. Reena Suriani bersama sukarelawan YBK di Jasin, Melaka.

[RA-MLK-015]

JASIN, 11 Mei 2019 – Pn. Khatijah binti Jantan seorang Ibu Tunggal berusia 61 tahun yang diserang stroke sejak tahun 2011. Beliau tinggal bersama seorang anak OKU berusia 28 tahun yang tidak bekerja kerana kecacatan pada kaki yang tidak mengizinkannya untuk mendapat sebarang pekerjaan kerana perlu sentiasa bergerak menggunakan tongkat. Anak ketiga dan keempat pula sedang melanjutkan pelajaran di IKM Jasin.

Kerana keadaan kesihatan Pn. Khatijah dan anaknya yang agak membimbangkan, keluarga ini yang dulunya tinggal di Klang, Selangor terpaksa menjual rumah mereka dan berpindah ke Melaka untuk tinggal berdekatan keluarga di kampung. Kehidupan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pencen bulanan yang diterima oleh Pn.Khatijah dan bantuan daripada ahli keluarga berdekatan.

Pn. Khatijah boleh dihubungi di talian 011 2130 4139.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2019 adalah daripada Syarikat Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh Pn. Reena Suriani bersama sukarelawan YBK di Jasin, Melaka.

[RA-MLK-016]

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;