- Hit: 845
HULU LANGAT, 17 Mei 2019 - Hari ini telah berlangsung edaran cermin mata kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam Program 'YBK Eye' yang berlangsung pada 30 April 2019 yang lepas. Kesemua sekolah ini terletak dalam daerah Hulu Langat.
Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menyempurnakan serahan di SMK Abdul Jalil, SK Dusun Tua dan SK Tun Abdul Aziz Majid, manakala pegawai-pegawai YBK yang lain melaksanakan serahan di SK Kg Kuala Pajam, SMK Engku Husain, SMK Khir Johari, SK Bandar Teknologi Kajang, SK Bandar Bukit Mahkota, SMK Pandan Jaya, SK Taman Cuepacs, dan SK Bandar Sunway.
YBK komited untuk melaksanakan Program YBK Eye di masa-masa akan datang di daerah-daerah yang lain.