- Hit: 1085
Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 di Negeri Sembilanย melibatkan 7 keluarga dan telah diaturgerak oleh Puan Rozita Arbain bersama para sukarelawan.
Keluarga yang menerima adalah;
Encik Mohd Razi bin Abdul Karim bekerja sebagai pemandu lori tinggal di rumah mesra rakyat yang dimiliki oleh abangnya. Isteri, Santi Adriyani menghidap penyakit Kanser Darah dan sedang menjalani rawatan secara berkala di Hospital. 2 orang anak mereka dijaga oleh Ibu dan ayah, Ruhayah Abd Hamid 60 tahun dan Mat Dey bin Salleh 68 tahun yang juga tinggal bersama mereka. Keluarga ini belum menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.
En. Mohd Razi boleh dihubungi di talian 017 631 1194.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2019 adalah daripada Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Pn. Rozita Arbain Pegawai YBK yang bertugas.
[RA-NSN-001]
En. Azizul Bin Ismail. Sumbangan SKR tahun ini adalah sumbangan tahun ketiga kerumah beliau. Keadaan kesihatan yang agak buruk ditanggung sejak 4 tahun lepas masih belum menunjukkan perubahan positif. Masalah penglihatan yang berpunca dari penyakit beliau juga membataskan pergerakan En Azizul mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga.
Dengan bantuan bulanan daripada PERKESO, En Azizul meneruskan kehidupan bersama isteri Pn. Siti Rusidah dan 2 anak di IPT, 3 bersekolah menengah dan seorang di sekolah rendah. Mereka sekeluarga kini tinggal menumpang di rumah nenek di Kg Perigi Jernih, Rembau.
En. Azizul boleh dihubungi ditalian 019-6276447.
Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh En. Abdul Rahman bin Adnan sukarelawan YBK yang mewakili Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga En. Azizul.
[RA-NSN-002]
Pn. Rashidah binti Soit, seorang ibu tunggal yang kematian suami secara mengejut lebih kurang setahun yang lalu. Atas desakan hidup beliau bersama 2 orang anak yang bersekolah rendah telah berpindah ke rumah Ibu beliau di Kg. Pilin.
Bantuan PERKESO yang diterima digunakan untuk menyara hidup beliau bersama-sama Ibu, Pn Noriah 75 tahun, abang kandung yang hanya bekerja kampung dan kakak beliau yang juga ibu tunggal.
Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Ustaz Hisyam yang mewakili sukarelawan YBK dari Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Pn Rashidah.
[RA-NSN-003]
Kisah yang sedang hangat diviralkan oleh media sosial. 6 beradik hilang tempat bergantung setelah kehilangan Ibu yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pn. Norazila bt Sahran, seorang surirumah yang juga kakak sulong kepada arwah Ibu anak-anak ini telah mengambil tanggungjawab untuk memelihara mereka. Beliau juga adalah ibu susuan kepada anak paling kecil berusia 2 tahun yang dijaga ketika arwah keluar mencari nafkah.
Keluarga ini menetap di rumah yang dibina atas tanah Ibu saudara di Kampung Lenggong Ulu, Kota. Suami Pn Norazila bekerja sebagai pemandu lori kayu. Mereka juga mempunyai 6 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah.
Pn. Norazila boleh dihubungi ditalian 016-7534022.
Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Pn. Kuna Rihana yang mewakili sukarelawan YBK dari Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Pn. Norazila.
[RA-NSN-004]
En. Rudaini bin Jamaludin, 43 tahun, seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran. Beliau tinggal di rumah mesra rakyat di Kampung Seberang Semerbok, Kota bersama isteri Pn Rubiah binti Ahmad dan 2 orang anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Semerbok.
Dengan keadaan kesihatan fizikal yang agak kekurangan, beliau hanya mampu bekerja mengambil upah menoreh getah dikebun orang kampung dengan pendapatan tak seberapa demi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh En Marzuki yang mewakili sukarelawan YBK dari Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga En. Rudaini.
[RA-NSN-009]
JELEBU, 06 Mei 2019 โ En. Norazman bin Md Sharif sebelum ini bekerja sebagai Pemandu namun beliau secara tiba-tiba diserang tekanan darah yang tinggi menyebabkan penglihatan beliau terganggu. Masalah ini menyebabkan beliau tidak mampu lagi untuk mencari nafkah bagi menyara kehidupan Isteri beliau dan 7 orang anak yang 6 daripadanya masih bersekolah. Sebelum ini beliau sekelurga menyewa di Pangsapuri di Bukit Beruntung, namun kini atas desakan hidup mereka telah berpindah ke kampung halaman di Kuala Klawang Jelebu.
Keperitan hidup keluarga ini telah mendapat perhatian dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal.
En. Norazman boleh dihubungi di talian 012-6377254.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2019 adalah daripada Puan Intan Salwani binti Mohd Yusof dan telah diserahkan oleh En. Asuad bin Ismail, Pegawai YBK yang bertugas.
[RA-NSN-005]
BAHAU, 11 Mei 2019 โ En. Mohd Seth bin Mustaffa dan isteri Pn. Norsidah Abdul Rashid tinggal di Kg. Baru Air Hitam bersama 10 orang cucu dan 2 orang anak. Anak beliau yang berusia 21 tahun sedang melanjutkan pelajaran di UTHM, anak bongsu berusia 15 tahun masih bersekolah di SMK Loi Barat.
Cucu sulong mereka berusia 16, 14 & 13 tahun juga bersekolah di SMK Lui Barat. 5 daripada cucu mereka bersekolah rendah di SK Air Hitam dan 2 orang lagi belum bersekolah berusia 5 dan 3 tahun. Dengan bekerja sebagai tukang kebun sekolah beliau menyara kehidupan keluarga besar ini. Ibu bapa kepada cucu-cucu beliau telah ditahan di Pusat Serenti selama 3 tahun. Salah seorang cucu beliau juga menghidap Astma dan memerlukan rawatan di hospital. Rumah yang mereka duduki telah mendapat bantuan baikpulih daripada Bank Islam Malaysia Berhad.
En. Mohd Seth boleh dihubungi di talian 012-9798711.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2019 adalah daripada Syarikat Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh En Asuad Ismail, pegawai YBK yang bertugas.
[RA-NSN-011]