- Hit: 1045
KUALA LUMPUR, 13 April 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berjalan seperti biasa hari ini dengan edaran sarapan pagi dan minuman panas dilaksanakan selepas solat subuh.
Pada minggu ini YBK berbesar hati menerima pelajar daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Universiti Putra Malaysia yang membantu dalam penyediaan sarapan pagi di Dapur YBK dan bersama-sama mengedarkan kepada rakan-rakan jalanan. Terima kasih anda semua.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Program Santuni Gelandangan dan Dapur YBK, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.