KUALA LUMPUR, 16 Mac 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan telah berlangsung pada hari ini seperti biasa. Pada minggu ini, Yayasan Bina Kesejahteraan telah turut serta membantu di samping melaksanakan aktiviti pengedaran pakaian terpakai (Program Huluran Qaseh 5.0) kepada rakan-rakan jalanan yang hadir.

Proses edaran bermula sebaik sahaja selesai solat Subuh. Turut hadir bersama membantu adalah Datin Hartini Osman, Pengerusi YBCare dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, serta para pegawai YBK dan YBCare. Sarapan dan minuman pagi sebanyak 200 set telah diagihkan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

YBK mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan para dermawan sama ada individu atau organisasi. Hubungi saudara Asuad di talian 03 7875 0036 atau 012 617 4051 untuk info lanjut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;