- Hit: 1070
SEPANG, 24 Januari 2019 - YBK telah menyertai Misi Kemanusiaan Palu & Donggala 2.0 bersama-sama gabungan pelbagai NGO yang terdiri daripada 17 orang. Saudara Asuad Ismailย telah diberikan amanah mewakili YBK ke sana. Delegasi Misi ini bertolak ke Jakarta melaui KLIA pada hari ini dan dari Jakarta menaiki penerbangan domestik terus ke lapangan (Palu & Donggala).
Misi diketuai oleh saudari Nur Hazwani Mohd Hanafiah daripada Majlis Belia Malaysia. Antara NGO yang turut serta adalah Majlis Belia Pahang (PYC), Bakti Syabab, Derak Venturem GPMS dan Gerakan Belia 4B.
Objektif misi adalah untuk memberi sokongan moral dan trauma healing kepada penduduk setempat yang terkesan dengan musibah gempa bumi. Di samping itu, delegasi akan turut menyantuni masyarakat melalui pengedaran bekalan makanan dan barangan keperluan.
Delegasi akan berada di lapangan sehingga hari Isnin (28 Januari 2019) dan laporan akan dikemaskini dari masa ke semasa.