BATU ARANG, 24 Mac 2018 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 43 keluarga di sini.

Hadir bersama di majlis tersebut, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YBK, dan Tuan Haji Saharuddin bin Ahmad, Pengerusi JKKKP Parlimen Selayang.

Penerima-penerima ini adalah pekerja dari sebuah kilang di daerah ini yang telah 2 bulan tidak dibayar gaji oleh majikan, dan terpaksa bergantung hidup pada ihsan dan sumbangan orang awam. Ada di kalangan keluarga ini mempunyai anak-anak kecil dan/atau ahli keluarga yang sakit.

Diharap sumbangan barangan keperluan harian ini dapat membantu meringankan beban keluarga-keluarga ini sehingga kemelut mereka dengan majikan dapat diselesaikan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;