- Hit: 1411
KELANA JAYA, 26 Mac 2018 - Sempena ulang tahun Yayasan Basmi Kemiskinan yang ke-28 pada hari ini, telah diadakan Majlis Kesyukuran dan bacaan doa selamat di Rumah YBK, Kelana Jaya yang bermula pada jam 12 tengahari.
Majlis menerima kehadiran Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, dan barisan ALPA - Dato' Bing Selamat Amir, Dato' Setia Hj Mohammed Khusrin Haji Munawi, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Rahman Ayub. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin, Datin Hartini Osman dan kakitangan Asrama Kasih YBK, Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK serta kakitangan daripada Prihatin Group.
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Mudir Maahad Darul Quran Sungai Buaya, Ustaz Mohd Nurulhak Sulaiman yang hadir bersama pelajar-pelajar beliau. Selesai doa selamat, acara memotong kek dan pulut kuning dilaksanakan dan diikuti dengan jamuan makan tengahari.
Yayasan Basmi Kemiskinan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberikan ucapan serta doa, dan semoga YBK terus kuat dan mapan untuk terus menjadi NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia.