SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Lembah Subang, Selangor menyaksikan sembilan (9) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 15 Ogos 2017. Keluarga yang menerima adalah;

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Encik Moktar bin Ismail berusia 41 tahun, bekerja sebagai operator pengeluaran kilang, isterinya Puan Efaiza bt Taib pula surirumah sepenuh masa.  Efaiza mengidap penyakit diabetis yang memerlukan suntikan insulin.

Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah iaitu, M. Shahmiel Tarzrien (18 thn), M. Sahiezhan Shahzrien (15 thn), Shahiratul Adawiah (12 thn), Shafiatul Ummairah (7 thn) dan M. Shafwan Nazrien (6 thn).  Mereka sekeluarga tinggal menyewa di 503-B Taman Putra Damai, Lembah Subang.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-2206934. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Puan Suria Hanim binti Jemari, isteri kepada Encik Hamzi Maarop, meniaga nasi lemak di kawasan PPRT Lembah Subang.  Hamzi sudah tidak mampu buat kerja berat, kerana mempunyai masalah buah pinggang.  Kesihatannya juga sudah tidak menentu, namun berkat ketabahan isterinya, setiap hari tanpa gagal, mereka akan turun berniaga nasi lemak.

Tinggal menyewa di 1009 Blok A, PPR Lembah Subang.  Mempunyai 6 orang anak yang semuanya masih belajar iaitu, Intan Noridayu (20thn) –kini belajar di UNISEL Kuala Selangor, Mohd Shahrul Akmal (16 thn), Puteri Intan Nurain (14 thn), Puteri Intan Nurzulaikha (12 thn), Puteri Nurshazliyana (8 thn) dan Ilyashah Putra (6 thn).  Mereka bersekolah di SK Lembah Subang dan SMK Lembah Subang.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-6665702. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 - Bekerja sebagai pengawal keselamatan dalam mencari nafkah buat keluarganya, Encik Mohamad Shairi bin Mat Som walaupun sudah berusia 54 tahun.  Badan dan tahap kesihatan beliau juga tidak segagah dulu, namun beliau terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan keluarganya. 

Anak sulungnya, Ashrul Faiz (22 thn)- bekerja sebagai buruh kontrak manakala anak keduanya, Aiman Shafiq (19 thn) tidak bekerja.  Shahril (17 thn), Mohamad Azri (15 thn), Ain Sofia (13 thn) dan Ashraff Ryan (7 thn), masing-masing masih bersekolah sekolah rendah dan menengah di Lembah Subang.  

Keluarga boleh dihubungi di talian 012-3975169. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Puan Junaizah bt Amin, seorang ibu tunggal yang hanya bekerja sendiri bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Keperluan persekolah anak-anak yang meningkat remaja memaksa beliau lebih berusaha keras dalam bekerja lebih masa demi menambah sumber pendapatan keluarga.  Pendapatan yang diperolehi kini tidak mampunyai menyediakan sepenuhnya keperluan anak-anaknya.

Anak-anaknya masih di alam persekolahan iaitu Nurul Atikah (17 thn)- SMK Lembah Subang, Nurul Atizah (15 thn) – SMK Lembah Subang, Mohammad Adam (10 thn)- SK Lembah Subang , Mohammad Alif (7 thn)SK Lembah Subang. Beliau juga mendapat bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor.

Keluarga boleh dihubungi di talian 018-9772426. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Puan Noriza bt Mamat, ibu tunggal yang bekerja sebagai operator klang bagi menampung kehidupan keluarganya.  Bekerja dalam ‘mode shift’, selalu berdoa agar anak-anak yang ditinggalkan dirumah sentiasa dalam peliharaan yang Maha Esa.

Tiada apa yang boleh dibuat olehnya, melainkan bertawakal saja.  Beliau tidak boleh duduk dirumah dan mengharapkan bantuan yang diterima setiap bulan kerana, bebanan hidup semakin menghimpit, beliau perlu berusaha agar beliau dapat menyediakan keperluan yang secukupnya untuk anak-anak belajar dengan lebih sempurna.

Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan banyak perbelanjaan.  Nur Zuhara Nasrin (19 thn), Nur Intan Izzatie (16 thn), Muhammad Hafiz Shauki (14 thn), Syasha Shazwana (12 thn) dan Muhammad Yassin Aswad (10 thn)

Keluarga boleh dihubungi di talian 014-2245767. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 - Nor Hamizi bin Mohammadali mengambil tugas fardu kifayah bagi setiap insan, iaitu menguruskan jenazah di kawasan tersebut.  Kerja yang tidak tentu masa dan tidak bermusim menyebabkan pendapatan beliau juga tidak menentu.

Tanggungan beliau, anak-anak yang masih bersekolah iaitu Syahrul Syazwan (20 thn) – seorang OKU, Nur Syuhada Natasha (17 thn)-SMK USJ 8. Muhammad Zamir (11 thn)-SK Kg Tunku,Muhammad Haziq Irfan (11 thn) – SK Kg Tunku, Nur Intan Amilyia (9 thn)- SK Kg Tunku, Nor Intan Nazirah (6 thn)-SK Kg Tunku dan Muhammad Ramadhan Mikail (4 thn)

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016-8541772. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Encik Azlee bin Sawal bekerja di Jabatan perhutanan Awam manakala isteri, Puan Haryani bt Haris tidak bekerja.

Empat orang dari anaknya masih bersekolah iaitu, Muhammad Fikri (13 thn)– SMK Lembah Subang, Muhammad Alif Iqwan (12 thn)  - SRK Lembah Subang, Qhairunisa (10 thn)– SRK Lembah Subang dan Muhammad Qhobil  Iman (8 thn) – SRK Kota Damansara Seksyen 7.  Manakal Zulaiqha Lee (5 thn) dan Adeleya anastashia Lee (2 thn) tinggal bersama ibu mereka di rumah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-8518339. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Puan Che Hasnah bt Mohd dan 6 orang anaknya tinggal di Blok E, 3A26, Taman Putra Damai Lembah Subang.  Ibu tunggal yang berusia 45 tahun ini bekerja sebagai operator kilang sepenuh masa. 

Waktu bekerja si ibu yang tidak tentu masa, memaksa anak sulung beliau, Nur Suhaza (20 thn) – tidak bekerja demi menjaga keperluan adik-adiknya yang masih bersekolah iaitu Shaiful Aiman (18 thn) – belajar di Kolej Komuniti, Nur Afzan Suhaila (17 Thn) –SMK Lembah Subang, Muhammad Haikal (15 thn) – SMK Lembah Subang, Nur Atikah (12 thn) bersekolah di SK Lembah Subang dan Muhammad Ikhwan (5 thn).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-61185510 atau 011-12817432. Sumbangan SKR 2017 oleh Pn Jamilah Ali, Saudari Norhaniza Hanim dan Saudara Mohd Azril Anuar.

LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2017 – Encik Zaini bin Azwar dan Puan Siti Rohana bt Abu Kassim tinggal bersama 5 orang anak mereka di Taman Putra Damai.  Pasangan ini mengusahakan perniagaan kecilan, menjual makanan ringan.  Jualan beliau tidaklah membawa pulangan yang besar, kadang kala beliau bergelut juga untuk beroleh modal pusingan dari hasil jualan tersebut.  Dengan harga barang yang semakin meningkat, tidak mustahil kadang kala keluarga ini hanya makan makanan yang mereka jual bagi mengalas perut.

Anak-anaknya, Siti Hasnah (17 thn), Rabiatul Adawiyah (15 thn) dan Safura Liyana (13 thn) bersekolah di SMK Lembah Subang, Mohammad Danish yang belajar di darjah 5, bersekolah di SK Lembah Subang.  Anak bongsunya, Siti Qurratu’aini (4 thn) menemani beliau setiap kali keluar berniaga. 

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-2721404. Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;