SINAR KASIH RAMADHAN 2017 (Fasa 3) di Sepang, menyaksikan enam (6) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 1 Ogos 2017 dan dibantu oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang. Keluarga yang menerima adalah;

SEPANG, 1 Ogos 2017 - Kesedihan meruntun bila orang yang tersayang pergi buat selama-lamanya Ramadhan yang lalu memaksa Salina bt Saleh untuk keluar bekerja.

Bekerja di kedai makan berdekatan dengan rumah dengan pendapatan RM 400 sebulan tidak cukup untuk memenuhi keperluan mereka sekeluarga, namun ibu gigih ini, tabah menjalani hidup seharian yang juga dibantu oleh anak sulung beliau, Muhd Ridzuan (24tahun)yang kini bekerja di Hotel Morib. 

NorBalqis (12 tahun), NurBaqyan (10 tahun) dan Mohd Thaqif (9 tahun) bersekolah di SK Batu Laut.  Anak bongsu pasangan ini Norbatrisya yang baru berusia 5 tahun kini bersekolah di Pra sekolah SK Batu Laut.

Seorang lagi anak Salina, Muhd Alhafizan (22tahun) kini tinggal bersama ibu saudaranya sejak kematian suaminya. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 011-24009430.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang.

SEPANG, 1 Ogos 2017 - Mohammad Fuad bin Abdul Talib dan Nor Hanafiah bt Mohd Jali tidak menyangka kegembiraan mereka untuk menyambut Aidilfitri yang lalu bertukar hiba apabila anak ke-6 pasangan ini, Mohd Fakhrul Mikhail (7 tahun), terkena mercun di mata dan menyebabkan kornea mata rosak dan terpaksa dibedah segera bagi mengelakkan buta sepanjang hayat.  Hari Raya Aidilfitri mereka sekeluarga tahun ini di sambut bersama doktor dan misi di Hospital Serdang.  Setelah hampar sebulan di hospital, anaknya dibenarkan pulang dengan pantauan doktor selama sebulan.

Ketua keluarga ini, Mohammad Fuad seorang OKU yang mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan sejak 2 tahun yang lalu diberhentikan kerja setelah kilang tempatnya bekerja tutup.  Pampasan yang dijanjikan sejak setahun yang lalu tidak diterima sehingga ke hari ini.  Beliau terpaksa turun ke laut, hidup kais pagi makan pagi bagi mengisi perut anak-anak dan isterinya.  Nor hanafiah, isterinya mahir membuat roti, namun dek kerana kurang promosi, roti buatannya dibuat bila ada tempahan. 

Anak sulung pasangan ini Mohd Fakhurullah (13 tahun) seorang OKU, mempunyai masalah pendengaran.  Kos perubatan anak ini, membebankan pasangan ini dengan penadapatn sebulan mereka yang tidak menentu. 4 lagi anak pasangan ini ialah, Mohd Fakhrul Ridzuan (12 tahun), Nur Faridah Farhana (10 tahun), Muhd Fakhrul Mikail (7 tahun) dan Muhd Fakhrul Roqib (6 tahun) masih bersekolah di SK Batu Laut. Rumah yang didiami keluarga ini adalah dalam status menumpang tanah dan rumah pusaka keluarga suami. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012-9187435.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2017 oleh YBhg Dato’ Zulkifli Amin Noordin disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang.

SEPANG, 1 Ogos 2017 - Sahroni bin Mohd Panut baru beberapa hari keluar dari hospital kerana menjalani endrogram.  Dengan mengambil upah bertukang rumahlah, Sahroni menyara kehidupan isteri, Norrimah bt Misran dan 3 orang anaknya, Iman Hamzah (9 tahun) bersekolah di SK Kg Sepat, Muhd Izzul Rafiqi (5 tahun) di Pra Sekolah dan Mohd Mirza Ukail (9 bulan).

Rumah yang didiami keluarga ini adalah pemberian sepupu yang telah meninggal.  Rumah tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, buat keluarga Sahroni dan adiknya.  Namun semasa kedatangan kami, pasangan ini berada dirumah keluarga ibu bapa Sahroni kerana tahap kesihatan Sahroni yang tidak menentu.  Ayah Sahroni juga baru menjalani pembedahan ‘by pass’ jantung dan masih dalam keadaan tidak sihat.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-2963603.  Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2017 oleh Pn. Siti Fairus bt Abdullah Peruz disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang.

SEPANG, 1 Ogos 2017 - Samsuddin bin Bolot tidak bekerja kerana mengalami masalah sawan yang akan menggangu perjalanan kerja beliau.  Isterinya, Noraini bt Husin adalah surirumah sepenuh masa.  Mendapat bantuan dari zakat sebanyak RM 350 sebulan, dan dengan duit tersebutlah pasangan ini gunakan sebagai duit untuk membeli keperluan keluarga seharian.

Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak, Muhammad Syamir (18 tahun) yang kini menyambung di Pusat Giatmara Banting, Muhammad Syanim (17 tahun) dan Muhammad Syahrizat (13 tahun) yang masih belajar. 

Keluarga ini dianugerahkan seorang lagi anak, yang mana anak saudara Noraini yang baru kematian kedua ibu bapanya iaitu Muhammad Ikhwan Hazimi bin Kamaruddin yang kini berusia 6 tahun.  Sejak 4 tahun yang lalu Ikhwan yang mesra disapa adik menjadi teman Noraini dirumah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 010-510 5660.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2017 oleh Pn. Siti Fairus bt Abdullah Peruz disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang.

SEPANG, 1 Ogos 2017 - Kemalangan yang berlaku Februari lalu, menguji kekuatan dan kecekalan hati Badrul Hisham Mat Ruslan dan pasangannya, Norlizawati bt Isa.  Kemalangan yang dialami semasa dalam perjalanan ke tempat kerja telah menyebabkan tulang pinggul remuk dan terpaksa menjalani pembedahan menggantikannya dengan besi. 

“Follow up treatment” yang dijadualkan setiap sebulan sekali memeritkan pasangan ini.  Badrul juga mempunyai penyakit diabetes yang kronik dan memerlukan pemeriksaan berkala setiap dua bulan sekali.

Keterbatasan fizikal Badrul Hisham memaksa Norlizawati keluar menoreh getah bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.  Hasil torehan getah tanah 2 ekar tidak cukup memenuhi keperluan mereka sekeluarga. 

Anak-anak pasangan ini, Mohd Nur Iman (7 tahun), Nurul Iman Lofia (5 tahun) dan Mohd Iman Mukriz (3 tahun). Namun pasangan ini berharap, Badrul akan kembali sihat dan dapat bekerja seperti dulu. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 013-6477787

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2017 oleh Arkitek Mariyah Pit disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang.

SEPANG, 1 Ogos 2017 - Zakri bin Ngah, seorang mualaf orang yang asli yang menetap di Kampung Kundang bersama isteri, Maziah Mohd Fauzan dan 5 orang anaknya yang mana 4 darinya masih bersekolah di SK Batu Laut iaitu, Nor Ela (11 tahun), Nurul Aina (10 tahun), Aiza (8 tahun), Umi Amira (7 tahun), yang bongsu ialah Mohd Rizan Azman (2 tahun 4 bulan).

Hasrat untuk tinggal dirumah sendiri tidak kesampaian kerana permohonan beliau untuk mendirikan rumah di tanah miliknya di tolak, dan mereka sekeluarga terpaksa menyewa dengan kadar RM 600 sebulan.  Melihatkan kedhaifan hidup mereka sekeluarga, ada yang membantu memberikan kayu-kayu bagi mendirikan rumah di tanah tersebut.  Namun sehingga kini, hanya rangka tiang rumah yang dapat disiapkan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-5323924.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2017 oleh En. Ahmad Adib bin Salehuddin disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang merangkap Ketua Penerangan UMNO Daerah Sepang bersama-sama Tuan Haji Arman Saeman, Ketua JKKP Kg Kundang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;