- Hit: 1327
PEKAN, 17 Jun 2017 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Parlimen Pekan yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah. Antara penyumbang zakat adalah Yayasan Basmi Kemiskinan sendiri, SME Bank, Bank Rakyat, Kumpulan Naza, Tabung Haji, Lembaga Pertubuhan Peladang. Majlis bermula pada jam 11 pagi.
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya menyebutkan bahawa untuk tahun ini terdapat peningkatan daripada segi jumlah penerima iaitu seramai 6,734 orangΒ di Parlimen Pekan dengan nilai zakat keseluruhan sebanyak RM 2.6 juta. Setiap wakil-wakil organisasi yang menyumbang telah melafazkan akad zakat di hadapan Perdana Menteri sendiri.
Dalam majlis yang sama, Dato' Zainal Abidin Sakom telah diberi penghormatan untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada para hadirin.