SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Teluk Panglima Garang dan Banting menyaksikan tujuh (7) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 5 Jun 2017 dan dibantu oleh Ustazah Siti Hafizah bt Jamil daripada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah. Keluarga yang menerima adalah;

TELUK PANGLIMA GARANG, 5 Jun 2017 - Sejak disahkan mengidap kanser limpa, En Johari Hamid tidak lagi berupaya untuk membuat kerja berat. Menampung kehidupan isteri dan lima orang anaknya hanya dengan menjual makanan ringan dan air berdekatan rumahnya. Mendapat bantuan zakat RM500 sebulan untuk keperluan sekolah dimana sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya untuk meneruskan kehidupan.

Anak yang sulung Muhammad Shukri berusia 20 tahun (lepasan STPM), Muhammad Helmy (18 tahun), Siti Norhafiza (15 tahun) masih menuntut di SMAT Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Muhammad Zulilman (13 tahun), Muhammad Zushami Fadzli (9 tahun), Siti Nurshuhadah (7 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 2886402. Sumbangan daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood.

TELUK PANGLIMA GARANG, 5 Jun 2017 - Sejak diberhentikan kerja beberapa bulan yang lepas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang, En Anuar Ishak hanya bekerja sebagai pemesin rumput untuk menampung kehidupan. Dengan pendapatan yang tidak menentu,beliau berusaha untuk menyekolahkan lima orang anaknya.

Isterinya Pn Norlia Sanusi bekerja sebagai pembantu tadika bagi membantu suaminya dengan pendapatan RM500 sebulan. Menerima bantuan zakat sebanyak RM200 untuk rumah yang disewanya. Anak yang sulung Ali Akmal berusia 19 tahun, Nur Aisyah Nadiah (18 tahun), Abu Dzar (16 tahun), Ammar Easeer (13 tahun), Nur Ain sumayyah (11 tahun), Alif Daniel (9 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 6111151. Sumbangan ini daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

TELUK PANGLIMA GARANG, 5 Jun 2017 - En Mohd Fauzi Mohd Hashim merupakan seorang pekebun yang menanam sayuran seperti cili, terung untuk menampung kehidupan. Mempunyai isteri dan tujuh orang anak yang masih bersekolah. Tinggal di rumah pusaka ayahnya di Batu 7 Sijangkang.

Anak yang sulung Muhammad Harun Al Rasyid berusia 19 tahun masih menuntut di IKBN Johor, Siti Khadijah (18 tahun) berada di Tingkatan 6, Siti Khadijah (18 tahun) dan Siti Fatimah (13 tahun) masih belajar di Sek Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Muhammad Aminullah (10 tahun), Muhammad Luthman Al Hajim (9 tahun) dan Muhammad Ameirullah (6 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 360 9845. Sumbangan daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

TELUK PANGLIMA GARANG, 5 Jun 2017 - En Abdul Aziz Mohamed bekerja sebagai pemandu van manakala isterinya, Faridah Abu Bakar membantu suaminya dengan bekerja sambilan sebagai pembantu tadika. Mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah.

Mendapat bantuan persekolahan dari Zakat Selangor bagi meringankan beban mereka. Anak yang sulung Siti Balqis (17 tahun) masih belajar di Sekolah Bina Insan di bawah zakat (akademik dan hafazan All Quran), Muhammad Syu'aib (16 tahun), Siti Maizurah (13 tahun) Muhammad Muzakkir (11 tahun), Siti Basirah (7 tahun). Tinggal bersama ialah ibu mertuanya Hjh Esah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 5488057. Sumbangan daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

KEBUN BHARU. 5 Jun 2017 - En Mohd Husaini bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan yang tidak menentu manakala isterinya membuat kerepek secara kecilan-kecilan di rumah bagi menampung kehidupan. Mempunyai enam orang anak dan empat darinya bersekolah. Tinggal di rumah bantuan zakat serta mendapat bantuan persekolahan dan hari raya dari Zakat Selangor bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Ahmad Raqib anak yang sulung berusia 17 tahun, Ahmad Fakhrul Rafi (15 tahun), Nur Farisa (13 tahun), Nur Farhani (8 tahun), Nur Farisi (6 tahun), Ahmad Fakhrul Rafiqi ( 2 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 7501901. Sumbangan daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

BANTING, 5 Jun 2017 - En Azhar Masri berniaga warung pada waktu petang dan malam berhampiran rumahnya untuk menampung kehidupan seharian bagi menyara isteri dan lapan orang anak. Isterinya hanya sebagai surirumah bagi untuk menguruskan anak yang masih kecil dan bersekolah. Seorang anaknya telah bekerja bagi membantu keluarga.

Mendapat bantuan Zakat Selangor bagi persekolahan anak-anaknya. Anak yang sulung Nur Aini Soufiah berusia 22 tahun dan tidak bekerja, yang kedua Muhammad Aimad (20 tahun) telah bekerja, Muhammad Annas (19 tahun) menuntut di Universiti Al Azhar, Nurul Izzah Nazirah (17 tahun), Mumtaz Mahirah (16 tahun), Muhammad Salman (14 tahun), Nurul Imann Nasuha (10 tahun), Muhammad Impan Aidi (8 tahun), Nur Azza Safinaz (4 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 31766863. Sumbangan daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

BANTING, 5 Jun 2017 - En Azman Kismun bekerja sendiri di rumah bersama isterinya di dalam jahitan sulaman seperti beg jeans yang disulam mengikut permintaan. Minat untuk membuat membuat sulaman ini timbul sejak 5 tahun yang lalu. Mempunyai pelanggan yang terdiri dari kalangan murid dan guru sekolah anak-anaknya.

Mempunyai 9 orang anak yang masih bersekolah. Anak yang sulung Aida Syafiqah(18 tahun) masih belajar di Sek Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Banting, Ibnu Walid (14 tahun), Al Walin (12 tahun), Bibillah (11 tahun) terpaksa menjalani pembedahan di kaki bagi memasukkan besi kerana masalah obesiti dari kecil lagi dan akan menjalani pembedahan kali ke 3 tidak lama lagi, Bihoplillah (9 tahun), Nillah (7 tahun), Bimi (6 tahun), Arsil (3 tahun), Bilazzi (1 tahun).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 2686490. Sumbangan daripada Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;