- Hit: 1409
KLANG, 1 Jun 2017 - Pn. Azlina Mokhtar baru kehilangan suami tercinta beberapa hari yang lepas iaitu pada 30 Mei 2017 akibat serangan jantung. Beliau kini menyara 9 orang anak-anaknya yang masih belajar dan tidak bekerja. Dengan hanya bergantung pada bantuan zakat sebulan Rm 750 dan Rm 81.00 bantuan berbentuk makanan kering pada setiap bulan.
3 orang anak-anaknya menyambung pangajian anak yg sulong belajar di UNIKL dengan bantuan pinjaman MARA dan 2 lagi anaknya menyambung pengajian dengan bantuan zakat. Seorang anaknya baru ambil SPM tahun lepas. 5 orang lagi anak-anaknya masih bersekolah. 2 orang bersekolah menengah dan dibiaya oleh Yayasan Basmi Kemiskinan manakala 2 orang lagi bersekolah rendah dan yang akhir bersekolah tadika.
Sumbangan SKR ini adalah dari penyumbangnya Datin Mizaton bt Isa. Kepada mereka yang perihatin boleh la menyampaikan lain-lain sumbangan dengan berhubung terus dengan Pn. Nor Azlina di talian 016 394 5527