- Hit: 1383
SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Sekinchan, Selangor menyaksikan lapan (8) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 30 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;
SEKINCHAN, 30 Mei, 2017 - Setelah suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lepas, Pn Khairatul Faridah Abdul Rahim memikul tanggungjawab untuk membesarkan 7 orang anaknya dimana seorang darinya merupakan anak kurang upaya (OKU). Berniaga air secara kecil-kecilan di kawasan rumahnya untuk menampung kehidupan seharian.
Anak yang sulung Mohamad Syafiq Fikri telah bekerja, bagi membantu untuk meringankan beban ibunya. Anak yang kedua Mohammad Syahiful Syahdid berada di KHISAS, Muhammad Syahiful Hisyam berusia 19 tahun (OKU) belajar di PDK Seri Setia, Nurul Fatin Syuhana (18 tahun) belajar di KUIS, Nurul Ain Syuhada (15 tahun), Nurul Aina Syamira (13 tahun) dan Nurul Syahirah Najihah (9 tahun).
Mendapat bantuan daripada Zakat Selangor untuk sewa rumah sebanyak RM350 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 013 2987467.
Sumbangan daripada OUD Asset Management.
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - Pn Azlinda Kamal merupakan ibu tunggal yang menyara 6 orang anaknya setelah kematian suami akibat strok. Dua orang anaknya bersekolah menengah manakala 2 masih lagi bersekolah rendah.
Anak yang sulung Muhammad Al Afiq berusia 14 tahun,Siti Nur Syakirah(13 tahun), Siti Nur Syahirah (11 tahun), Siti Nur Diyanah (10 tahun), Siti Nur Liyanah -pra sekolah (6 tahun), Siti Nur Amirah (5 tahun).
Tinggal di rumah milik arwah ibu mertuanya dan mendapat bantuan Zakat Selangor sebanyak RM500 sebulan. Beliau tidak bekerja memandangkan anak-anaknya masih lagi memerlukan perhatian dan penjagaan yang sewajarnya. Puan Azlinda boleh dihubungi di talian 011 23874546.
Sumbangan daripada OUD Asset Management Sdn Bhd
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - Puan Siti Zunainah Sarsin merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 4 orang anak yang masih bersekolah. Telah kehilangan suaminya 4 tahun lepas secara tiba-tiba semasa arwah suaminya bekerja di Sarawak.
Setelah hilang tempat bergantung beliau bekerja sambilan di kantin sekolah dengan pendapatan yang tidak seberapa. Zakat Selangor turut membantu dari segi bayaran yuran sekolah anak-anaknya.
Anaknya Mohd Azraf b. Tesrifin (15 tahun) yang bakal mengambil peperiksaan PT3 baru-baru ini telah mengalami kemalangan dan sebahagian dari tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan dan disimpan di hospital sebelum dibedah semula pada bulan Ogos bagi memasukkan tempurung ke dalam kepalanya. Adik Mohd Azraf sekarang beransur pulih dan masih lagi dalam cuti sakit. Dzanur Asyikin berusia 12 tahun dan bakal mengambil UPSR pada tahun ini, Mohd Azree (11 tahun), Dzanur Atika (8 tahun).
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 2065022. Sumbangan daripada OUD Asset Management.
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - En Mad Nor b. Ajid diisytiharkan OKU dan telah mendapat kad OKU dari kecacatan mata akibat penyakit diabetis. Mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan bagi membantu beliau menampung kehidupan.
Penyakit yang dialaminya membataskan beliau untuk bekerja seperti dulu. Mengambil upah hasil kampung dengan pendapatan yang tidak seberapa untuk menampung isteri dan tiga orang anaknya yang masih bersekolah.
Anak-anaknya Mohd Amirul Syafiq 20 tahun masih lagi menuntut di Kolej, Nurul Izzuwani (13 tahun), Muhammad Alif Aiman (7 tahun). Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 8758535.
Sumbangan daripada OUD Asset Management.
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - Setelah suaminya meninggal dunia dua tahun lepas, Pn Noraziah Mohamad menggalas tanggungjawab untuk menyara 4 orang anak yang masih bersekolah. Bekerja di kebun sawit untuk menyara keluarga dengan anggaran pendapatan RM600 sebulan. Menerima bantuan zakat Selangor bagi menampung kehidupan anak yang bersekolah.
Anak yang sulung iaitu Muhammad Amirul Niezam berusia 18 tahun dan telah mendapat tempat di Politeknik Banting, yang kedua Muhammad Faiszatul Ikmal (17 tahun) akan mengambil peperiksaan SPM, Nadiatul Alia Syazwani, peperiksaan PT3 (15 tahun) dan Ummi Umairah (13 tahun).
Sumbangan daripada OUD Asset Management Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 390 1406.
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - Demi mencari sesuap nasi, Pn Jaesah bt Dimen berusaha untuk menambah pendapatan dengan berkebun dan membuat kerepek pisang secara kecil-kecilan di rumah setelah kematian suaminya.
Mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah, Nor Effa Shahira (19 tahun) mendapat tempat di UiTM Raub, Nor Iman Zulhakim (16 tahun), Siti Nor Jannah (14 tahun) dan M.Zul Helmee (10 tahun).
Mendapat bantuan daripada Zakat Selangor bagi keperluan persekolahan anak-anaknya. Sumbangan daripada Permodalan YBK Sdn Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 739 5291.
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - Sudah jatuh ditimpa tangga, En Aris bin Hamzah mengalami strok dan hilang sumber pendapatan. Disahkan oleh doktor beliau juga mengalami ketumbuhan otak. Sebagai anak yang sulung, Nur Ain Wahida (17 tahun) bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan ayahnya berulangalik ke hospital dan seringkali terpaksa mengambil cuti.
Isterinya, Pn Nooraini Abd Majid mengalami cacat penglihatan. Menerima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 sebulan.
Sumbangan daripada Permodalan YBK. Keluarga ini boleh dihubungi 012 2503955.
SEKINCHAN, 30 Mei 2017 - En Yusaidi Nasrdin mencari sumber rezeki sebagai nelayan. Isterinya Pn Nor Azlina seorang surirumahtangga. Anak yang sulung Sarina Sahira berusia 15 tahun, Nor Iman (13 tahun), Afiq Danial (11 tahun), Shah Iskandar (14 tahun).
Dengan pendapatan yang tidak menentu sebagai nelayan, beliau membesarkan keempat-empat anaknya di rumah yang disewa RM350 sebulan.
Sumbangan daripada Permodalan YBK Sdn Bhd.