- Hit: 1554
SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di sekitar Sekyen 16 Shah Alam menyaksikan lapan (8) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 26Mei 2017 dan dibantu oleh Ustazah Radziah Mohd Sidek dan Cikgu Salmah Ali daripada SMK Seksyen 16 Shah Alam. Keluarga yang menerima adalah;
SHAH ALAM, 25 Mei 2017 - Melakukan kerja-kerja kampung seperti menangkap ikan, membaiki rumah dan sebagainya adalah rutin En. Muhammad Ibrahim demi sesuap nasi untuk keluarganya. Pendapatan daripada kerja-kerja sebegini adalah tidak menentu dan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Isteri beliau, Pn. Norazura Mat Yusof, adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah - Nuriffahamirah (16), Alif Irfan (10), Nuriffah Athilah (8), Nuriffah Salimah (6) dan yang bongsu, Nuriffah Humairah berusia 7 bulan. Pasangan ini tinggal di rumah pusaka yang serba kekurangan dan daif.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Makhostia Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh Pn. Rokiah Hussein, GPK HEM SMK Seksyen 16 Shah Alam dan disaksikan oleh Pn. Salmah Ali (S/U Kebajikan) dan Ustazah Radziah Mohd Sidek. En. Muhammad boleh dihubungi di talian 018 318 9026.
SHAH ALAM, 25 Mei 2017 - Keprihatinan insan ini dalam menjaga anak-anak saudaranya yang ramai di samping keluarganya sendiri menarik perhatian kami. Che Mansor Che Amat, bekerja di warung menjual makanan panas dan pendapatan beliau adalah amat sederhana. Dari punca rezeki inilah, beliau menjaga 7 orang anak saudara yang tinggal bersama.
Isteri beliau, Pn. Nik Aminah Abu Jamal tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Kediaman beliau yang terbatas ruangnya adalah disewa dengan kadar RM500 sebulan dan di sinilah beliau tinggal 12 orang serumah.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Makhostia Sdn. Bhd. Che Mansor boleh dihubungi di talian 019 638 5478.
SHAH ALAM, 25 Mei 2017 - Kecekalan ibu tunggal kematian suami, Pn. Norhidah bt Asri yang gigih bekerja tanpa bergantung harap menyentuh hati kami. Beliau membuat kuih muih pelbagai jenis untuk tempahan dan jualan walaupun beliau sendiri tidak berapa sihat kerana menghidap darah tinggi dan asma.
Beliau tinggal di kediaman yang disewa daripada pakciknya dengan kadar RM300 sebulan, dan mujur bayaran ini ditanggung oleh zakat. Kesemua empat orang anak beliau masih lagi belajar dan 3 orang di peringkat sekolah.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Makhostia Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh Pn. Rokiah Hussein, GPK HEM SMK Seksyen 16 Shah Alam dan disaksikan oleh Pn. Salmah Ali (S/U Kebajikan) dan Ustazah Radziah Mohd Sidek. Pn. Norhidah boleh dihubungi di talian 019 357 7034.
SHAH ALAM, 25 Mei 2017 - En. Mohd Haszelan Mohd melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarganya manakala isterinya Pn. Rosdalila Kamar bekerja sebagai pembantu jualan di 'uptown'. Kediaman mereka adalah disewa dengan kadar RM300 sebulan dan sedikit daif.
Pasangan ini memiliki 3 orang anak yang masih bersekolah - Mohd Danny Haikal (13 tahun), Nurdellmiya (9 tahun) dan Nurdellishusyura (8 tahun). En. Mohd Haszelan tidak mendapat sebarang bantuan bulanan dan zakat pernah memberi keluarga ini sumbangan Hari Raya.
Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada Makhostia Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh Pn. Rokiah Hussein, GPK HEM SMK Seksyen 16 Shah Alam dan disaksikan oleh Pn. Salmah Ali (S/U Kebajikan) dan Ustazah Radziah Mohd Sidek. En. Haszelan boleh dihubungi di talian 011 2336 3393.
SHAH ALAM, 25 Mei 2017 - Pn. Lasbiyah Hasan adalah seorang ibu tunggal kematian suami yang bekerja sebagai tukang pembersih (cleaner) untuk menyara keluarga. Tinggal menyewa bersama anak-anaknya seramai 5 orang di Kg. Karuppiah, Padang Jawa, Shah Alam.
Dua (2) orang anak beliau masih lagi belajar – Jampijal b Jal (16 tahun – SMK Seksyen 16) dan Norwahida bt Jal (14 tahun – SMK Seksyen 16). Tiga orang lagi bekerja sebagai operator kilang – Erlina Friska bt Jal (25 tahun), Shahrizal b Jal (22 tahun), dan Syafrizal b Jal (19 tahun).
Sumbangan SKR Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse keluarga ini disampaikan oleh Pn. Rokiah Hussein, GPK HEM SMK Seksyen 16 Shah Alam dan disaksikan oleh Pn. Salmah Ali (S/U Kebajikan) dan Ustazah Radziah Mohd Sidek. Pn. Lasbiyah boleh dihubungi di talian 016 902 1844.
SHAH ALAM, 25 Mei 2017 - En Masri Ahmad bekerja sebagai buruh kasar di mana pendapatan beliau adalah amat tidak menentu. Ini kerana beliau hanya dipanggil apabila mempunyai projek dan aktiviti justeru jika tiada, tiadalah pendapatan untuk menyara keluarganya. Isteri beliau, Norhayati Mohamed, tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan si suami.
Keluarga ini tinggal di rumah yang disewa bersama dengan 4 orang anak, di mana seorang (Nor Hazatul Nazirah – 14 tahun) sedang bersekolah di tingkatan 4. Anak-anak yang lain adalah Mohd Khairu Naim (5 tahun), Nor Aishah (4 tahun), dan Nor Nisaadawiyah (10 bulan).
Sumbangan SKR 2017 oleh Kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse keluarga ini disampaikan oleh Pn. Rokiah Hussein, GPK HEM SMK Seksyen 16 Shah Alam dan disaksikan oleh Pn. Salmah Ali (S/U Kebajikan) dan Ustazah Radziah Mohd Sidek.