- Hit: 1605
SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Terengganu menyaksikan sembilan (9) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 24 Mei 2017 dan dibantu oleh Pengerusi JKKK Kg. Nyior, En Bazali Laksana. Keluarga yang menerima adalah;
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan menziarahi keluarga ini selepas menunggu hingga jam 11:30 malam kerana keluarga ini pergi ke Dungun. Bersama Pengerusi JKKK Kg. Nyior, En Bazali Laksana, kami terus kerumah sewa Tengku Roslan Tengku Ismail bersama 5 orang anak mereka, Tengku Mohd Azrul Helmi (21 tahun), Tengku Mohd Azizul (19 tahun), Tengku Azukrimun (17 tahun), Tengku Mohd Aidil Azhar (14 tahun) dan Tengku Mohd Harizan (10 tahun).
Menurut Tengku Roslan sewa rumah ini pun sudah beberapa bulan tertunggak. Kerja sebagai buruh binaan dikampung tidak memperolehi pendapatan yang tetap dan mencukupi menampung keperluan sebuah keluarga. Malam ini beliau mendapat berita gembira apabila Pengerusi JKKK memaklumkan rumah sumbangan KKLW sudah siap dibina dan akan diserahkan esok (25 Mei 2017).
Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan tajaan Institut Perkembangan Minda (INMIND) kepada keluarga ini.
KG. NYIOR, 24 Mei 2017 - Semasa Pengerusi JKKK Kg Nyior, En Bazali Laksana mengemukakan borang Sinar Kasih Ramadhan, suami Pn. Rosylawati Ariffin yang mengidap kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi masih lagi hidup. Namun tanggal 3 Mei 2017 yang lepas, suami beliau Che Wan Hasin B Che Wan Sulong telah kembali kerahmatullah.
Tinggal bersama Pn Rosylawati adalah 4 orang yang bersekolah, Amsya Atirah (17 tahun), Nurin Nasihah (15 tahun), Azwar Azim (12 tahun) dan Nayli Niyaz (7 tahun). Beliau tidak bekerja dan mendapat bantuan bulanan dari JKM, namun tidak mencukupi untuk menampung keluarga ini.
Yayasan Basmi Kemiskinan menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan tajaan Institut Perkembangan Minda (INMIND) kepada Pn Rosylawati.
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Rumah PPR yang disumbangkan ini tidak mencukupi ruang untuk En. Ismail Jamhari dan Pn Norlina Akmar Ali bersama 4 orang anak mereka. Beliau cuba menambah ruang dapur namun kerana kekangan kewangan lantai dapurnya hanya tanah yang belum diturap simen. 3 daripada 4 anaknya masih bersekolah, Siri Nur Puteri Rabiatul (15 tahun), Putera Muhd Syafiq (14 tahun), Putera Muhd Firdaus (12 tahun) dan Putera Muhd Iskandar (5 tahun).
Mengalami sakit gout membataskan beliau mengambil upah membuat kerja memotong rumput. Isteri walaupun sakit saraf usus besar terpaksa juga bekerja sebagai Pembantu Kedai bagi menampung perbelanjaan harian. Sebagai menambah pendapatan beliau menternak arnab untuk dijual.
Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Pengerusi JKKK Kg. Nyior, En Bazali Laksana menziarahi keluarga ini dan menyampaikan sumbangan dari Institut Perkembangan Minda (INMIND).
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Beginilah keadaan rumah yang disewa oleh En Mohd Idzuan Setapa dan isteri Pn Nor Katini Ismail. Apabila hujan pasti sebahagian rumah ini akan basah akibat bumbung yang sudah bocor. Tiada katil untuk anak kecil ini tidur, hanya beralaskan kain sahaja.
En Mohd Idzuan bekerja sebagai Tukang Rumah yang tiada berpendapatan tetap menyara isteri dan 4 orang anak yang mana seorang darinya menghadapi masalah pembelajaran, iaitu adik Muhammad Danish Haikal (10 tahun). Anak yang lain Muhammah Danish Hazimi (7 tahun), Nurin Damia Adriana (4 tahun) dan Nurin Damia Alisya (2 tahun).
Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan tajaan Juta Inovasi Sdn Bhd dalam program Sinar Kasih Ramadhan. Turut serta adalah Pengerusi JKKK Kg Nyior, En Bazali Laksana. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1788 4060.
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Selesai solat maghrib disurau Kg Nyior kami Yayasan Basmi Kemiskinan meneruskan ziarah ke rumah En Mohammad Stapa, mengalami lumpuh dan tidak mampu lagi bekerja.
Tinggal dirumah ini bersama isteri, Pn Sharipah Mohamad bersama 5 orang anak, Nur Najihah (21 tahun), Nurul Syafiqah (18 tahun), Siti Aisyah (15 tahun), Siti Khadijah (14 tahun) dan Siti Nor Baya (8 tahun). Pendapatan hanyalah dari anak yang bekerja sebagai pengasuh dan sedikit bantuan bulanan dari JKM.
Sumbangan kepada keluarga ini ditaja oleh Juta Inovasi Sdn. Bhd.
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Menyusuri Kg Nyior, Yayasan Basmi Kemiskinan bersama sukarelawan dan En Bazali Laksana, kami melawat pula En Hasim B Dagang dan Pn Saripah Tuan Shariff. Tinggal menyewa bersama 5 orang anak dimana 3 orang masih bersekolah, Muhammad Nasrullah (20 tahun), Nur Farhanah (19 tahun), Muhammad Farhan (17 tahun), Abdul Hakkim (14 tahun) dan Hajar Sakinah (12 tahun).
En Hasim tidak bekerja kerana sakit jantung dan telah beberapa kali membuat pembedahan jantung. Kini bergantung pada isteri yang bekerja sebagai Pembantu Rumah.
Tajaan Sinar Kasih Ramadhan untuk keluarga ini disumbang oleh Juta Inovasi. Sdn. Bhd.
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan bersama En Bazali Laksana, JKKK Kg. Nyior menziarahi Pn Rohani Busu yang kematian suami pada tahun 2016. Beliau yang menghidap darah tinggi hanya bergantung kepada pencen arwah suami bagi membesarkan 5 orang anaknya, Zulfakar (23 tahun), Saidatul Nur Najehan (19 tahun), Ainun Mardiah (15 tahun), Nurin Batrisya (11 tahun) dan Nur Zahirah (9 tahun).
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK ditaja oleh Juta Inovasi Sdn. Bhd.
KG NYIOR, 24 Mei 2017 - Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan tajaan Juta Inovasi Sdn. Bhd. kepada Pn Zalina Bt Talib, ibu tunggal bersama 8 orang anak. 2 di IPTA, Amieruddin (22 tahun - UKM), Abdul Hadi (21 tahun - UiTM), Ahmad Faisal (19 tahun - Pra U), Ammar (17 tahun), Aiman (16 tahun), Alif Haikal (13 tahun), Nur Alia Najwa (11 tahun) dan Nur Ain Najwa (8 tahun).
Ibu ini bekerja sebagai tukang kebun pastinya tidak mampu untuk menanggung keluarga yang besar ini. Beliau boleh dihubungi di talian 014 531 4152.
KG PINANG MERAH, 24 Mei 2017 - Sinar Kasih Ramadhan anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan mengembara pula ke Paka,Terengganu. Menziarahi En Damri B Mohd dan Pn Che Wan Zamelah Bt Che Wan Hassan. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak. 2 yang bekerja sebagai buruh, 3 di IPTA iaitu Mohd Amirul Asyras (22 tahun - UNISZA), Umu Adibah (21 tahun - UMK), Siti Najiha (19 tahun – UNISZA), Mohd Syafiq Daniel (14 tahun).
Keluarga ini baru kehilangan anak ketiga yang meninggal dunia pada 7 Mei 2017 yang lalu, Mohd Khairul Azahar (25 tahun). En Damri tidak bekerja kerana sakit dan hanya bergantung kepada anak yang bekerja.
Sumbangan kepada keluarga ini ditaja oleh Juta Inovasi Sdn. Bhd.
PAKA, 24 Mei 2017 - En. Mohd Johari Bin Ali (35 th) berkerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan anggaran RM850 sebulan, bergantung kepada tempahan yang diterima oleh majikannya. Isteri beliau, Pn. Ameira Bt Roslan (31 tahun). Keluarga ini tinggal menyewa dirumah yang disediakan oleh majikan dengan bayaran RM300 sebulan. Mempunyai 5 orang anak yang masih kecil, Najwa (10 tahun), Mohd Zafran (9 tahun), Mohd Aqil Zafrul (5 tahun), Mohd Arif Zaquan (4 tahun) dan Mohd Zikry (2 tahun).
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK kepada keluarga ini ditaja oleh Inmind. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-501 7327.