KUALA LUMPUR, 1Β April 2017 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan hari ini dengan pek-pek makanan sebanyak 100 buah ditaja oleh Dato' Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Turut hadir isteri beliau, Datin Tisah Taha.

Edaran dilaksanakan tepat jam 12 tengahari di mana rakan-rakan jalanan ini beratur dengan penuh tertib dan mengambil pek makanan masing-masing yang diedarkan oleh sukarelawan dan para pegawai YBK dan Masjid yang hadir. Edaran selesai sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

Rakan-rakan yang ingin menyumbang boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;