- Hit: 1593
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2017 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan hari ini di mana 100 hingga 300 pek makanan diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Penaja untuk minggu ini adalah Pusat Latihan YBK Kuala Selangor (PLYBK).
Proses edaran mengambil masa selama sejam bermula pada jam 12 tengahari sehingga 1 petang. Para gelandangan ini berbaris dan sebaik sahaja doa selesai dibacakan, mereka masing-masing menerima pek makanan tengahari yang diedarkan oleh wakil daripada PLYBK.
YBK mengalu-alukan sumbangan individu dan/atau masyarakat yang ingin turut serta dalam program ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.