- Hit: 1506
Kelana Jaya, 17 Jan 2017 β Puan Nurul Nadia hadir ke pejabat YBK bersamanya anak bongsu berumur 1 tahun. Desakan hidup akibat tiada tempat tinggal menyebabkan Puan Nurul hadir dan menceritakan kepayahan hidupnya. Datang ke Kuala Lumpur setahun yang lalu dan bekerja di Keramat sebagai jururawat sambilan bersama 3 orang anaknya yang masih kecil.
Bulan disember 2016 yang lalu khidmatnya telah ditamatkan setelah pesakit yang dijaganya telah sihat. Mulai dari saat itu beliau telah berpindahΒ ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mencari pekerjaan yang sesuai. Kini beliau memerlukan sedikit sumber kewangan untuk mencari bilik sewa sebagai tempat berteduh.
YBK menyampaikan sedikit sumbangan kewangan untuk Pn Nurul Nadia mencari tempat perlindungan dan juga belanja harian bagi meneruskan kehidupan.