- Hit: 1582
SERENDAH, 18 Februari 2017 - Hari ini di Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah berlangsungnya Program Operasi Khidmat Masyarakat 2017 anjuran Kolej Aminudin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama para pelajar ASKA Serendah dan masyarakat Orang Asli Serendah. Program bermula sejak pagi sehingga selesai pada jam 5 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Yahya, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali. Majlis turut disertai Tn. Hj. Abd Rahman, Nazir Masjid Nurul Iman Serendah.
Program turut menyelitkan ceramah motivasi oleh yang disampaikan oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM, saudara Zainal Asnawi Ayraf. Tujuan program ini di adakan untuk merapatkan hubungan diantara anak-anak ASKA Serendah serta masyarakat Orang Asli di kawasan Serendah ini. Program ini diharapkan akan mengukuhkan lagi hubungan mesra antara pihak-pihak berkepentingan di samping dapat meluaskan jaringan perhubungan yang berguna di masa-masa akan datang.