- Hit: 1387
KUALA LUMPUR, 18Β Februari 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan Program Santuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Pek-pek makanan sebanyak 100 unit pada minggu ini ditaja oleh Alumni Asrama Kasih YBK (ASKA YBK).
Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari apabila kumpulan gelandangan ini mula berbaris di pintu masuk masjid. Selepas doa dibaca, pek-pek makanan mula diedarkan oleh sukarelawan masjid dan dibantu oleh alumni ASKA YBK yang turut sama hadir. Pihak masjid turut menerima sumbangan pek makanan daripada Bank Muamalat di mana ia turut diedarkan bersama-sama.
YBK mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini. Kepada yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.