- Hit: 1622
KUALA LUMPUR, 28 Januari 2017 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur telah berlangsung hari ini dengan kehadiran YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Penyumbang pada minggu ini adalah daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. Turut hadir, Ustaz Mohd Faisal Tan, ALPA YBK merangkap Imam Masjid, pegawai-pegawai YBK dan Masjid, para sukarelawan dan wakil-wakil media.
Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari sebaik sahaja selesai taklimat dan ucapan ringkas oleh Dato' Pengerusi YBK dan bacaan doa. Para pegawai YBK dan sukarelawan telah membantu proses pengedaran pek-pek makan tengahari kepada para gelandangan yang dianggarkan dalam 100 orang. Dato' Pengerusi turut sama mengedarkan pek-pek makanan kepada gelandangan sambil beramah mesra dengan mereka. Selesai proses edaran, sidang media ringkas telah diadakan di pejabat Masjid.
Program selesai sepenuhnya pada jam 1 tengahari. YBK mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk menaja pek-pek makanan bagi program ini. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.