- Hit: 1433
Batang Kali, 5/5/2016 - Kebakaran pada jam 4 petang di Kampung Pasir Tambahan, Ulu Yam ini mengakibatkan tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang. Tiada apa-apa barang yang dapat diselamatkan kerana pada masa kejadian penghuni rumah yang terbabit sedang bekerja.
Ketika lawatan bersama Jaksa Pendamai Hulu Selangor dilakukan, keluarga yang terbabit dalam kebakaran ini ditempatkan sementara di dewan orang ramai Kg Pasir Tambahan. Pihak JKM telah menguruskan keperluan asas buat sementara waktu bersama sukarelawan setempat. YBK menyampaikan sedikit sumbangan tunai buat semua keluarga yang terlibat. Selain itu, YBK juga bekerjasama dengan pihak-pihak yang terbabit dalam membantu mangsa yang menghadapi musibah kebakaran ini untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
YBK mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terbabit dalam kebakaran ini. Walaupun ia tidak membabitkan kehilangan jiwa tetapi cukup memberi kesan yang mendalam kepada setiap keluarga mangsa.