TANJUNG MALIM, 20 Disember 2016 - Sejajar dengan hasrat ingin mengembangkan potensi pembinaan modal insan, YBK bersama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menandatangani 'Letter of Intent' (LoI) bagi Program Kerjasama Latihan Teknik dan Vokasional. Majlis berlangsung di Bangunan Canselori UPSI dan dihadiri oleh pegawai tertinggi daripada YBK dan UPSI. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, telah berbesar hati menandatangi LoI bagi pihak YBK manakala UPSI diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa. Turut hadir, Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK; En. Zulkifli Zali dari Pusat Latihan YBK dan En. Romdani Sharif dari Akademi Kemahiran YBK.

LoI ini adalah langkah pertama untuk mengenal pasti potensi kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak. Dato' Pengerusi YBK dalam ucapannya berharap agar kerjasama ini akan membuahkan hasil dan seterusnya dapat menjadi platform untuk membantu kumpulan sasar khususnya B40 dalam mendapatkan ilmu kemahiran yang bersijil dan diiktiraf.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;