- Hit: 1548
Seramai 27 orang anak-anak asrama dan 35 orang pelajar Mahasiswa Perihatin UNIKL BIS melawat sambil belajar ke kampus-kampus UNIKL selatan Tanah Air.Turut bersama dalam rombongan ini daripada UNIKL ialah Adibah Zainualdin Senior Lecturer merangkap penasihat MPU dan Dr. Sarojini juga Senior Lecturer di BIS. Program 4 hari 3 malam ini sangat penuh dengan pengisian yang berguna kepada pelajar ASKA Serendah. Mereka berpeluang melawat kampus UNIKL di Sepang iaitu di Institute of Avation Technology (MIAT). Di sana anak-anak diberikan penerangan mengenai jurusan kejuruteraan enjin Kapal Terbang dan helikopter oleh En. Sabri Pegawai daripada Marketing kampus disana.
Lawatan anak-anak diteruskan pula Di negeri Melaka iaitu di Institute of Chemical and Bioengineering Technology (MICET). Disana kami disambut dengan mesra oleh pegawai Marketing iaitu En. Zul. Di MICET anak anak diterangkan mengenai jurusan Kejuruteraan Kimia dan Bioengineering Technology. Di kampus MICET mempunyai 49 lab yang meliputi pelbagai jenis kajian dan pembuatan yang melibatkan kimia dan bio. Disana anak-anak asrama diberikan pengisian pengetahuan mengenai kerjaya yang bersangkutan dengan kimia dan bio. Mereka juga menyediakan penginapan selama 2 malam.
Disebelah malam anak-anak dibawa menaiki Melaka River Cruise menikmati keindahan lampu neon serta bangunan sejarah dan pelbagai persembahan kebudayaam di Melaka. Mahasiswa MPU sentiasa bersama sama dengan anak-anak asrama memberikan bimbingan dan menjaga keselamatan sepanjang program berlangsung. Hari ke dua anak-anak dibawa berjalan ke tempat bersejarah di kota A fomosa. Suasana disana sangat meriah dengan kehadiran pelancong yang datang dari dalam negara dan luar negara.Pada sebelah malamnya pula anak-anak beraktiviti bersama dengan MPU UNIKL di dewan MICET.
Hari ke 3 semua bersiap siap meneruskan perjalanan ke kampus seterusnya iaitu di negeri Johor, Institute of Industrial Technology (MITEC)Pasir Gudang. Di sana kami disambut pula En. Nizam iaitu Pegawai Marketing MITEC. Anak anak diberikan penerangan mengenai jurusan Quality Engineering, Facilities Maintenance & Industrial Logistic. Disebelah malamnya anak-anak dibawa ke tempat pusat membeli belah di Kilang Bateri Johor Bharu.
Hari akhir anak-anak asrama turut bersama mengikuti program sambutan Maulidur Rasul.
Selepas makan tengahari semuanya bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur dan Serendah.
Secara keseluruhan program UNIKL Study tour ini sangat bagus dan perlu diteruskan kerana peluang-peluang seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak ASKA untuk mereka bersiap sedia menyambung pengajian mereka selepas menduduki SPM. Hubungan baik di antara UNIKL dan ASKAYBK ini diharapkan dapat dikekalkan agar memberi kebaikan kepada ke du dua pihak.
Sumber | Pengetua ASKA