- Hit: 1322
Gesir - Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah merasmikan Majlis Penutup Program Latihan Khidmat Negara, di Pusat PLKN GEO-KOSMO Gesir. Pusat PLKN GEO-KOSMO ini telah dibangunkan di atas tanah milik YBK dan mula beroperasi sejak tahun 2006.
Menurut Komanden Kem, Mejar Mohd Ikhram Ismail, bilangan pelatih yang pada mula pendaftaran seramai 251 orang akhir tinggal 142 orang disebabkan masalah kesihatan dan wabak H1N1 baru-baru ini, yang menyebabkan mereka terpaksa dihantar balik ke negeri masing-masing.
Hj Bing Selamat Amir dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada pelatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Beliau sangat berbangga apabila yayasan apabila bersetuju menjadikan premis yang asalnya sebagai kolej komuniti sebagai pusat latihan untuk program khidmat negara ini.