- Hit: 1376
Kelana Jaya - semua kakitangan dan warga YBK berhimpun pagi ini untuk majlis tazkirah bulanan YBK. Majlis yang bertujuan meningkatkan lagi sirratulrahim dikalangan kakitangan, pegawai YBK dan anak syarikat bersama ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.
Majlis Tazkiran kali ini disampaikan sendiri oleh Dato Pengerusi YBK. Beliau mengambil mengambil masa 1 jam mengingatkan semua kakitangan supaya sentiasa menamalkan prinsip STAR iaitu (1) Percaya EHSAN Allah - sentiasa tahu dan kita mesti selalui ingat Allah sentiasa memerhati kita (2) Ketulusan malaikat melaksankan tugas dan tanggungjawab (3) sifat kepimpinnan yang ditunjukkan oleh Rasul (4) sentiasa belajar dan mempertingkat pengetahuan (5) visi dan misi hidup yang jelas dan (6) mengurus sesuatu dengan bijaksana
Dato Pengerusi juga mengingatkan semua kakitangan sentiasa memahami, melaksanakan dan tidak mengambil mudah kepada 5 rukun Islam iaitu (1) mengucap 2 kalimah syahadah - misi yang jelas (2) sembahyang - pembinaan keperibadian (3) puasa - membina kawalan diri (4) zakat dan (5) haji
Akhir sekali beliau berharap majlis tazkirah seperti ini diadakan setiap bulan dan semua kakitangan sentiasa tidak alpa dengan misi dan misi YBK serta sentiasa berusaha mencapai sasaran kerja dan mempertingkatkan prestasi kerja, One-Malaysia