- Hit: 1177
Sabak Bernam - YBK telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanitadi Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai, Sabak Bernam. Program kesihatan yang ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) berjaya menarik majoriti penduduk Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, pemeriksaan paras glukos dan obesiti dijalankan oleh pegawai kesihatan dari Pusat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.
Malah seramai 16 orang suri-rumah telah secara sukarela menjalankan pemeriksaan penyakit barah payu dara dan pap smear. Sebelum itu penduduk yang hadir telah mendengar taklimat kesihatan tentang penyakit kanser, barah rahim, barah payu dara dan kanser yang disumbangkan oleh rokok yang telah disampaikan oleh doktot pakar kesiahatan am, Dr Saiyah bt Abdullah dari Hospital Jabatan Orang Asli Gombak.
Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Desa Kasih ini dijalankan dengan kerjsamaPusat Zakat Selangordan dirasmikan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom,selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor