5 Mac 2009 Melaka - satu pertemuan dan perbincangan mengenai program KUNTUM 2009 untuk sekolah sekolah yang terpilih di Melaka dan Muar telah di adakan di Hotel Legacy Melaka dari jam 3.30ptg hingga 6.00ptg. Perbincangan dengan penyelaras-penyelaras dari SMK Bandar Maharani, Cikgu Nor Fariza bt Mohd Noor, SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Cikgu Roslina Ab. Wahab, SMK Sultan Alauddin, Cikgu Faridah Putih dan SMK Tun Dr. Ismail, Cikgu Rubi’ah Mohamed Nor@Mustaffa berjalan dengan suasana yang baik.

Penyelaras-penyelaras terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada YBK kerana meneruskan program KUNTUM ini.  Program ini bertujuan membantu pelajar pelajar dari golongan miskin mendapat peluang menghadiri kelas kelas tambahan  sebagai  persediaan mengadapi peperiksaan SPM 2009.  Program inin juga diharap dapat mengurangkan keciciran dan meningkatkan prestasi pencapaian dikalangan pelajar-pelajar ini.   

Borang borang yang berkenaan dengan program ini telah diedarkan kepada penyelaras-penyelaras bagi memastikan semua urusan tuntutan dan pemantauan dapat di jalankan dengan baik dan berkesan.  

Penyelaras-penyelaras telah di maklumkan tentang tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjayakan program ini.  Mereka bersetuju untuk memulakan program ini secepat mungkin, iaitu seawal minggu pertama bulan  Mac 2009.  Tempoh program ini adalah sehingga bulan Oktober 2009.      

Penyelaras SMK Tun Dr. Ismail  Cikgu Rubi’ah Mohamed Nor@ Mustaffa memohon agar peruntukan untuk bahan cetak di tambah dari kadar sekarang RM2.00 setiap pelajar sebulan.



GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;