- Hit: 1210
25 November, Batang Kali β Seramai 20 keluarga miskin dari sekitar Batang Kali telah menerima sumbangan berupa barangan makanan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan.Β Rombongan seramai 20 orang ahli PUSPANITA yang diketuai oleh Puan Sri Noorlina Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA, telah diberi taklimat ringkas berkaitan dengan program-program pembasmian kemiskinan YBK olehΒ Datin Hajjah Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.
Majlis penyampaian sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Sri Wan Noorlina kepada keluarga-keluarga terbabit. Turut hadir di majlis tersebut ialah Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; Haji Radzulai Yahaya, pegawai-pegawai YBK dan ahli-ahli SUKARELAWAN YBK.