8 November 2008, Putrajaya – Dato Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Datin Hartini Osman dan pegawai-pegawai YBK   telah turut sama meraikan pelancaran Triathlon Amal 2008 Salman Sayang Malaysia yang dilakukan secara solo oleh Salman Ali Shariati Abdul Halim kanak-kanak berumur 11 tahun. Beliau akan berenang sejauh 8 km (tasek Putrajaya), berbasikal sejauh 360 km dan berlari sejauh 84 km sekitar KLIA dan Putrajaya sebahagian projek Ekspedisi Ekstrem 7 Benua, 7 Nilai.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad bersama Pengasas ESQ Leadership Center Dt Ary Ginanjar Agustian. Turut sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Dato Zainal Abidin Sakom dan Dato Dr. Muzafar Shukur, Angkawasan Malaysia. Seramai lebih 300 orang alumini ESQ yang bersama meraikan majlis pelancaran tersebut.

Selepas itu, wakil YBK turut sama menyertai Forum ‘Nilai Belia dan Kepimpinan Masa Depan’ anjuran ESQ Leadership Center dan Yayasan Kepimpinan Perdana di Premis Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Tun Dr. Mahathir Muhamad salah seorang pembentang kerja telah menyarankan supaya belia Islam perlu memahami tentang Islam  dengan betul untuk berjaya. Ini disebabkan ajaran Islam terbukti berjaya membangunkan tamadun orang Arab Jahiliyyah, sehingga menjadi suatu bangsa yang berjaya dan disegani dunia. Tetapi disebabkan salahfaham dan salahtafsir tentang Islam, orang Islam ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Dr Ary Ginanjar Agustian pula meyarankan belia Isdlam mengamalkan dan meparaktikkan Am’aul Husna sebagai pegangan untuk berjaya.  

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;