- Hit: 1101
29 Oktober 2008, Kelana Jaya - YBK menerima kunjungan Rombongan Exco Kerajaan Terengganu yang di ketuai oleh YB Exco Tuan Haji Asha'ari bin Idris selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu turut serta YB Tuan Haji Nawi Mohamad dan Pengarah dari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Pengarah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu. Objektif utama kunjungan adalah untuk sama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman dalam mengatasi masalah kemiskinan di negeri masing-masing. Pengerusi YBK, Dato` Zainal Sakom bersama dengan En, Zulhairy Jalaluddin telah bersama menjelaskan peranan dan fungsi YBK yang telah lama menjalankan misi pembasmian kemiskinan ini di Selangor.
Rombongan juga telah di bawa ke Pusat Latihan YBK Kuala Selangor untuk meninjau modul-modul pengajaran yang di sediakan dalam membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan kemahiran teknikal mereka. Penerangan dan kursu-kursus yang ditawarkan telah dis ampaikan oleh Tuan Haji Bing dan En Zulhairy. Ternyata mereka berpuashati dengan kunjungan mereka kali ini.