- Hit: 1289
13 Jan 2007 - Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor telah memberi bantuan peralatan perniagaan kepada Puan Nurisa bt Arbi dari PPR Sg Bonus Kuala Lumpur, sebuah electric oven dan flour mixer yang bernilai RM3,630.00. Penerima merupakan ibu tunggal 5 orang anak yang masih bersekolah.
Permohonan beliau telah diperakukan oleh Pusat RAHMAT Kuala Lumpur bagi membantu perniagaan kecil-kecilan menerima tempahan kuih dan kek.
YBK telah menyediakan bantuan peralatan perniagaan dibawah peruntukkan Desa Kasih Cemerlang Lanjutan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah.