7 Jan 2003 - Pengerusi YBK dalam sesi ceramahnya di Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini menyeru kakitangan kerajaan supaya melengkapkan diri dengan menguasai ilmu-ilmu dunia dan akhirat seperti yang terkandung di dalam kitab suci AlQuran.

Menurutnya, di dalam AlQuran yang mengandungi sejumlah ayat telah dilengkapi dengan segala ilmu yang boleh dipelajari oleh setiap manusia yang inginkan kecemerlangan hidup. Semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia dinyatakan dengan jelas di dalamnya. Sekiranya kita memahaminya dengan jelas ayat-ayat Quran tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia telah melaksanakan sebahagian besar ajaran Islam seperti yang digariskan di dalam AlQuran. Undang-undang Islam seperti Munakahat, Ibadat, Muamalat, Jinayat dan Siasah/Syariah dilaksanakan secara meluas oleh pemerintah kita. Berdasarkan itu, tidak dinafikan bahawa orang Islam di negara ini sewajarnya berbangga dapat tinggal di sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;