MBSA, 30 September. Program Kasih Ramadhan 1423 Hijrah adalah salah satu program amalan bersedekah yang dianjurkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (PIMPINAN) sempena bulan Ramadhan.

Program ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo di Shah Alam pada 30 September 2002.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran umat Islam yang mampu untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan menghadapi bulan Ramadhan. Sumbangan yang diberikan bolehlah diserahkan kepada Nadzir, Setiausaha atau wakil di masjid-masjid seluruh Selangor. Terdapat lima pakej yang ditawarkan untuk program ini iaitu wang tunai RM230 dan makanan asas bagi pakej pertama, pakej kedua wang tunai RM430, pakej ketiga menyumbang hanya satu atau pelbagai barang makanan seperti yang ditetapkan, pakej keempat ialah sumbangan ikhlas manakala pakej kelima ialah sedekah berbuka puasa untuk sehari berjumlah RM5.
Dalam majlis yang sama juga Dato' Menteri Besar Selangor dan beberapa individu turut menyumbang untuk program ini.
Turut hadir di majlis ini ialah Pengerusi YBK, Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, YDP PIMPINAN, Haji Mohd Talha Abdul Rahman, Dato' Haji Abu Sujak Haji Muhamad, Dato' Salamon Selamat serta semua Nadzir dan wakil-wakil dari masjid-masjid seluruh negeri Selangor.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;