- Hit: 1615
MEDAN (INDONESIA), 5 November 2016 - Dato' Bing Selamat Amir mewakili Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini menyampaikan kuliah ilmiah umum bertajuk Kepesatan Pembangunan Kepada Ekonomi Malaysia Separuh Abad ke 20 dan Impaknya Kepada Kehidupan Dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia.
Seramai hampir 500 orang hadirin dari kalangan pelajar dan ibu bapa hadir. Kuliah ini bersempena Majlis Graduasi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi, LMII Medan.Bersempena majlis graduasi tersebut, Seminar Ekonomi Antarabangsa dianjurkan dan YBK dijemput membentang kuliah utama.
Ini merupakan kali ke 3, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi, LMII Medan menjemput Yayasan Basmi Kemiskinan, membentang kerja tentang Malaysia sebagai usaha mereka meletakkan sekolah sebagai pusat pengajian tinggi antarabangsa.
Pada 28/1/2012, Pengerusi YBK Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan Dato Bing Selamat Amir telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Education Transformation In Increasing Human Quality As The Effort To Advance Nation & Intelligence’ (Comparative Study Between Malaysia & Indonesia).
Manakala pada 5/10/2012, YBK mengambil bahagian dalam International Education Seminar. Seminar yang dihadiri oleh hampir 1,000 guru-guru sekolah swasta seluruh bandar Medan di Royal Printis Hotel Medan. Dato Bing Selamat Amir, telah membentang kertas kerja bertajuk 'Senario Pendidikan Di Tanah Melayu Menjelang Kemerdekaan 1956 dan Transformasi Pendidikan Malaysia 1957-2025 ‘A Race Againt Time’