BEIJING (CHINA), 26-29 Oktober 2016 - Rombongan Semangat Mendaki YBK Ke Tembok Besar China 28 Okt 2016 menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia. Lagu Semangat Mendaki YBK bergema apabila Dato Zainal Abidin Sakom, Datin Hartini Osman dan beberapa pegawai YBK berjaya menawan ke stesyen yang dibenarkan, menyanyikannya beramai-ramai.

Rombongan Belajar Sambil Melawat YBK Ke Beijing (Lawatan Semangat Mendaki) Basmi Kemiskinan ke Beijing merupakan rombongan terakhir melawat China. Sebelum ini 2 rombongan ke sana. Rombongan ke 3 ini diketua sendiri Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Pengerusi YBK.

Hari pertama, rombongan melawat Tian An Men Square Beijing, Di sini rombongan diberi aspirasi oleh Dato Pengerusi bagaimana kepimpinan kerajaan China pada tahun 1989 berjaya mematahkan komplot menjatuhi kerajaan melalui demonstrasi pelajar di sini. Tindakan kerajaan menghalang dengan nyawa pelajar, terbukti apabila China membina kejayaan dan kemajuan sekarang sebagai kuasa besar setara dengan Amerika Syarikat. Selepas itu rombongan melawat Forbideen City, iaitu lambang legasi kehebatan Maharaja China. Sebelah malam rombongan dihiburkan persemnbahan kehebatan ahli acrobatic China Han yang memukau.

Hari kedua rombongan sempat melawat pusat jade ternama di sini. Selepas itu rombongan melawat bagaimana kehebatan orang China membina Tembuk Besar China, sejak 220 Sebelum Masihi oleh Maharaja China Pertama, Qin Shi Huang dan siap era Maharaja Ming (1368–1644) sepanjang 21,196 km. Merasakan sendiri bagaimana semangat dan kegigihan orang China membina Tembok Besar. Rombongan mendaki tembok besar itu sendiri. (In order to learn, we do - NLP). Sebahagian ahli rombongan berjaya sampai sehingga ke stesyen tertinggi yang dibenarkan ketika (angin yang kuat). Di sinilah lagu Semangat Mendaki YBK telah dinyanyikan dan berjaya menarik minat pengunjung lain. Manakala sebelah malam rombongan dihiburkan dengan persembahan Kung Fu

Hari ke 3 rombongan melawat Pusat Mutuara, Tempat membuat Teh China, Summer Palace dan membeli belah di salah sebuah Pusat Membeli Belah di bandar Beijing. Walaupun 3 hari, tetapi suatu pengalaman yang sangat berharga. Dalam perjalanan pulang ke Lapangan Terbang Bandar Antarabangsa Beijing, Dato Pengerusi sekali lagi mengajak semua ahli rombongan mula memikirkan kehebatan bangsa China seluruh dunia. Dato' juga mengajak bersama2 YBK membantu negara membina jiwa yang berhati besar dan hidup dengan menyumbang khidmat bakti sebagai legasi semasa kita hidup dunia. Insyallah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;