GESIR TENGAH, 30-31 Ogos 2016 - Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-59, Pelajar Ko-Kurikulum Askar Wataniah Semester 3 (DRB 3012) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan kerjasama Asrama Kasih YBK Gesir mengadakan 'Kem at Jambo Sakti'. Program ini melibatkan 45 orang askar wataniah Politeknik Sultan Azlan Shah dan 7 orang pensyarah PSAS. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam di Jambor Sakti di mana mereka bermalam di dalam khemah. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pelajar asrama tentang penghayatan Malam Kemerdekaan dan cara pembancaan peta kompas dengan betul dan selamat. Program ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara asrama dan pihak luar.

Pada petang Rabu, program dimulakan dengan pembahagian tugas dan persiapan untuk aktiviti malam kemerdekaan. Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yasin dan tazkirah di surau asrama dan solat Isyak. Kemudian pelajar diberi taklimat tentang kemerdekaan dan bacaan peta. Program diteruskan dengan BBQ dan tayangan khas wataniah. Program diteruskan keesokkan hari dengan solat subuh berjemaah, sarapan pagi dan acara senamrobik. Selepas itu aktiviti baca lepas peta dilepaskan di kawasan asrama. Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pihak asrama dan pihak askar wataniah. Program 'Wataniah at Jambo Sakti' berakhir jam 2:00 petang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;