SERDANG, 26 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan melibatkan tiga keluarga di kawasan Seri Kembangan dan Serdang. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Yayasan Basmi Kemiskinan mendaki ketingkat 5 kediaman keluarga En Alizi B Abdul Rahman untuk menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK. Bekerja sebagai pemandu lori menanggung 5 orang anak berumur 2 tahun - 13 tahun dan seorang isteri yang tidak bekerja.Sumbangan diserahkan kepda isteri beliau Pn. Mazuin B Noh. Tampak kejernihan riak muka anak anak ini namun keperitan yang ditanggung oleh ayah mereka hanya dia yang tahu.

Tinggal menyewa dirumah pangsa 5 tingkat ini sepasang suami isteri bersama 5 orang anak berumur 6 tahun - 15 tahun. En Burhan B Munta berasal dari Sabah bekerja sebagai buruh pembersihan merasai keperitan hidup menyara anak anak mereka. Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Cikgu Dasimah dan Cikgu Adibah terpaksa mendaki ketingkat 5 untuk menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK. Sumbangan diserahkan kepada isteri beliau, Pn Salma. Terpancar wajah kegembiraan dan kesyukuran diwajah isteri dan anak sulung beliau.

Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Cikgu Dasimah SMK Seri Serdang menziarahi dan menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK kepada keluarga Nor Amir B Baharuddin. Bekerja sebagai pemandu lori dan menanggung 5 orang anak, 3 darinya bersekolah, manakala isteri tidak bekerja. Pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung kos kehidupan dibandar yang semakin tinggi. Sumbangan diserahkan kepada isteri beliau, Pn Norhafizah Bt Aripin.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;