- Hit: 1563
Klang, 3/7/2016 - YBK meneruskan agihan bantuan SKR2016 kepada 3 orang penerima yang diperakukan oleh Cegu Abdul Rahman Hassan seorang guru kanan SMK Shahbandaraya Klang. (Tel 011-21253272). Mereka yang terpilih adalah
Sabri bin Nazri (45) dari Lorong Sutera 12 Taman Maznah Jalan Kg Jawa yang terpaksa berhenti kerja kilang kerana menjaga anak perempuan yang lumpuh sepenuhnya akibat kemalangan jalanraya pada tahun 2015. Malah anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan kerana seluruh badannya lumpuh kecuali bercakap dan hanya boleh menggerakan tangan kirinya. Isterinya, Indrayani bt Solehin meneruskan bekerja bagi menampung 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Puteri Andriyani (16), Puteri Norhidayah (14) SMK Shahbandaraya dan Putera Haikal (10) SK Kg Jawa. Keluarga boleh dihubungi 017-2007473
Puan Supiah Othman (47) seorang ibu tunggak yang menanggung 2 orang anak yang masih bersekolah. Bekerja sebagai pembantu kedai dhobi dengan pendapatan RM1,000.00 sebulan dan tinggal atas ehsan majikan menumpang dalam stor pakaian dobi bersama anak2nya di 11-G Jalan Samarinda 31/KS7 Taman Maznah Klang. Anak-anaknya yang masih berdekolah adalah Amirul Sufian b Kamarul Afendi (15) dan Mohd Daniel Iskandar b Kamarul Afendi (13) di sekolah SMK Shahbandaraya. Keluarga ini boleh dihubungi 011-3913 1822
Encik Shamsuddin b Kasdan tidak bekerja yang mengidap sakit kencing manis kronik yang menyebabkan kaki telah dipotong dan melalkukan hameodilisis 3 kali seminggu. Seorang bapa tunggal yang mempunyai 5 orang anak iaitu Muhammad (21) tidak bekerja kerana menjaga bapanya, Abu Bakar (19) dan Omar (17) SMK Shahbandaraya, Osman (13) SMK Jalan Kebun dan Ali (11) SK Jalan Kebun. Sumbangan diserahkan kepada anaknya Omar, kerana bapanya ke klinik mengubati kakinya. Keluarga boleh dihubungi 014-8309104