Pinggiran Bukit Jalil, 29/6/2016b - Tanggungjawab YBK memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan menerusi program Sinar Kasih Ramadan diteruskan dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Menyelusuri destinasi ke Bukit Jalil yang dipenuhi dengan pangsapuri mewah membawa ke satu kawasan perumahan kos rendah PPR Pinggiran Bukit Jalil yang terletak lebih 20km daripada stesen LRT Bukit Jalil.

Ibu tunggal empat orang anak tinggal menyewa di Blok F dengan pendapatan RM400 mengasuh anak jiran. Juga berbekalkan bantuan Baitulmal sebanyak RM500, Puan Rahimah Rahim, 49, menguruskan segala perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anak setelah bercerai empat tahun lalu.

Dua orang anak lelaki beliau berusia 20 dan 19 tahun sedang menuntut di Politeknik Semambu, Kuantan dan Politeknik Behrang, Tanjung Malim bergantung kepada nafkah daripada ayah mereka untuk menampung perbelanjaan pembelajaran di politeknik.

Anak perempuan nombor tiga berusia 13 tahun terpaksa berulang alik daripada Bukit Jalil ke SMK Sentul Utama menaiki LRT dengan tambang RM100 sebulan dan ada kalanya terpaksa meminta bantuan guru kerana kekurangan wang untuk ke sekolah.

Anak perempuan bongsu berusia 9 tahun pula menghidap sakit kanser tulang tahap 2 dan memerlukan susu khas dan ubat-ubatan setiap bulan. Untuk mendapatkan rawatan susulan di Hosital Kuala Lumpur juga Rahimah terpaksa berulang menaiki LRT ke Kuala Lumpur bersama anak bongsunya.

Yayasan Basmi Kemiskinan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang. Semuga sumbangan ini, Puan Rahimah dapat meringankan beban beliau menyediakan makanan bersahur dan berbuka di bulan Ramadan. Mudah-mudahan Syawal disambut dengan lebih ceria oleh keluarga ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;