- Hit: 1404
ย ALAM MEGAH (SHAH ALAM), 4 Jun 2016 - Di celahan rumah-rumah jiran dan mendaki tangga dari tanah batu membawa kami mengenali isteri tabah, Rozana Othman yang menyara hidup 8 orang anaknya. Mendiami rumah pusaka milik keluarga suaminya. Bekalan air diperolehi ehsan dari jiran sebelah rumah. Suami,Sufian Muhd Jani bekerja sebagai tukang rumah namun tidak mampu memberi pendidikan yang sempurna buat anak-anaknya. Kehidupan 'sosial' suami mengheret lagi kesempitan hidup mereka sekeluarga. Anak-anak sering diejek miskin dan buruk kerana kedhaifan hidup mereka. Sumbangan SKR oleh Pn Hatijah Hassan telah disampaikan oleh Pn Asnida Kamaruzzaman,Guru Disiplin/Kebajikan SMK Alam Megah Shah Alam.
ย Ana Suriaty Abu Bakar dan suami, Mustapah Salim menetap di rumah dari bantuan Pusat Zakat di Kg Sg Baru Puchong. Suaminya yang mengidap penyakit sakit tulang belakang hanya mampu bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Suriaty pula tidak bekerja kerana mengidap penyakit kanser saraf tahap 3 yang akan menjalani kimoterapi pada bulan hadapan. Pasangan ini mempunyai 11 orang anak, anak bongsunya,Nur Azharina Anura baru berusia 12 hari. Sumbangan SKR oleh Pn Sawiah Sarkang telah disampaikan oleh Pn Asnida Kamaruzzaman,Guru Disiplin/Kebajikan SMK Alam Megah Shah Alam.
ย Mahat Arshad dan Maznah Khamis mempunyai 5 orang anak,anak ke-4 dari pasangan ini mempunyai kad OKU (ketidakupayaan masalah pembelajaran). Mahat bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isteri tidak bekerja. Maznah baru 28 hari menjalani surgeri kanser fibroid dan kini terpaksa mengharapkan anak-anaknya untuk mengemas rumah dan menyiapkan makanan. Sumbangan SKR oleh Pn. Rokiah Abu Bakar telah disampaikan oleh Puan Asnida Kamaruzaman,Guru Disiplin/Kebajikan SMK Alam Megah Shah Alam.
ย Rumah terakhir membawa kami mengunjungi kisah duka keluarga Roslan Mohd Yassin sekeluarga. Suami tidak bekerja kerana mengalami kecederaan dikaki kiri sebanyak 3kali (patah). Isteri,Sharidah Mohd Nor menerima tempahan membuat lauk-lauk namun tidaklah selalu. Bila bulan ramadhan, beliau akan menjual kuih dan lauk pauk di bazar ramadhan di Alam Megah. Pendapatan keluarga ini diperolehi dari anak sulungnya, Nurul Aini yang bekerja di syarikat logistik di KL. Sumbangan SKR oleh En Hassan Husien telah disampaikan oleh Pn Asnida Kamaruzzaman,Guru Disiplin/Kebajikan SMK Alam Megah Shah Alam. Sumbangan disambut dengan linangan air mata oleh pasangan ini kerana mengharapkan modal pemula bagi membuat lauk-lauk pada hari pertama ramadhan yang tinggal 2 hari lagi.