- Hit: 1555
Gesir, Sabtu 18/6/2016 - Majlis Berbuka puasa Asrama Kasih Gesir Yayasan Basmi Kemiskinanย bersama Kelab Motor Suzuki di Jambo Sakti. Setiap tahun Kelab.Motor Suzuki's akan membuat program iftar bersama anak-anak yatim dan asnaf. Kali ini Asrama Kasih YBK Gesir telah terpilih untuk melaksanakan program iftar. Kelab ini mempunyai lebih 500 ahli. Untuk majlis ini seramai 15 orang Ahli yang hadir.
Majlis bermula 6.00 petang dengan ucapan pengerusi Kelab En Norezuwan. Majlis diteruskan dengan penyerahan duit raya kepada pelajar asrama dan sumbangan hamper dan baju kelab motor suzuki. Pelajar dan warden dijamu dengan hidangan Mc Donald dan KFC semasa berbuka puasa.
Untuk kali ini anak-anak dibawa ke Masjid Gesir Tengah untuk solat Isya'dan tarawih bersama-sama. Majlis berakhir dengan jamuan moreh. Pihak asrama mengucapkan ribuaan terima kasih kepada pengerusi Kelab Motor Suzuki dan ahli-ahlinya.