- Hit: 1623
MERBAU BERDARAH, 15 Jun 2016 - YBK bersama penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah telah bermuafakat melaksanakan Majlis Ramah Mesra dan Iftar. Pengisian majlis ini adalah sesi ramah mesra antara YBK dan para penduduk, iftar dan solat magrib, isyak dan tarawih berjemaah. Penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah mula berkumpul di rumah no. 45 tempat Majlis diadakan kira-kira jam 6 petang.
Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK tiba pada jam 6:15 dan disambut oleh para penduduk. Turut hadir, Tuan Haji Hamzah Jalli, Ahli Lembaga Pemengang Amanah YBK, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, dan pegawai-pegawai YBK. YBhg. Dato' Pengerusi telah meluangkan masa hampir satu jam berdialog dengan penduduk di samping bertukar-tukar pandangan berkenaan keadaan terkini Desa Kasih Merbau Berdarah. Tahlil ringkas turut diadakan sebelum berbuka puasa pada jam 7:20 petang. Selesai berbuka, YBhg. Dato' Pengerusi bersama penduduk telah melaksanakan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah di surau.
Majlis Ramah Mesra dan Iftar ini bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Desa Kasih dan sebagai satu tanda bahawa YBK tetap prihatin dengan nasib para penduduk. Majlis seumpamanya dirancang untuk dilaksanakan di Desa Kasih yang lain di masa-masa yang akan datang.