- Hit: 1703
3/6/2016 - hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 5 keluarga miskin terpilih sekitar Sijangkang, Batu Laut, Tg Sepat dan Banting. Penyerahan disempurnakan oleh Dato Hj Bing Selamat Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK bersama Romdani Shari (Akademi Kemahiran YBK Gesir) dan guru sekolah. Keluarga ini boleh dihubungi Encik Romdani (0192087760, 017-3246916)
En. Mohd Fauzi b. Mohd Hashim (44 tahun) di Sijangkang. Bekerja menjaga tanaman di sebuah ladang cili di kampung. Isterinya, Fauziah binti Saleh (44 tahun) tidak bekerja bersama 6 orang anak yang masih bersekolah manakala seorang lagi anak baru sahaja memperolehi keputusan SPM. Mereka sekeluarga tinggal di rumah peninggalan bapa mertuanya di Lot 1687 Batu 7 Luar, Jalan Sempadan. Pn.Fauziah menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 yang telah disampaikan oleh Dato Bing Selamat Amir bersama Datin Tisa.Turut serta dalam kunjungan ini ialah guru pengiring Cikgu Fadil Nor b. Jaafar dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah.
En.Anuar b. Ishak di Sijangkang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebelah malam dan siangnya mengambil upah kerja-kerja kampung. Menyara isteri dan 6 orang anaknya, Isteri beliau Norlia binti Sanusi (45 tahun) hanyalah seorang suri rumah. En. Anuar tinggal di Lot 1392 Bt 8 dengan menyewa rumah dengan kadar RM300 sebulan. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 telah disampaikan oleh Dato Bing Selamat Amir bersama Datin Tisa. Cikgu Fadil Nor b. Jaafar merupakan guru pengiring dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sg.Manggis yang turut sama melapangkan masa dalam sesi penyerahan ini.
Keluarga En. Ahmad b. Idris (57 tahun) dan Pn.Karimah binti Zainal (52 tahun) di Kg.Kundang Tg. Sepat. Ketua keluarga ini pengidap kencing manis. Semasa rombongan SKR berkunjung ke rumah pasangan ini, En.Ahmad masih lagi berada di hospital dan ditemani oleh isterinya. Bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan yang tidak menentu, beliau menyara 5 orang anak. Keluarga ini turut mendapat bantuan dari LZS. Dato Bing Selamat Amir bersama Datin Tisa telah menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada anaknya Muhd Akbal.
Keluarga En. Abdul Rahis b. Marzuki (51 tahun) seorang duda di Kg.Batu Laut. Menanggung 5 anak dengan bekerja mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara keluarganya. Bagi meringankan beban keluarga, anak beliau Muhamad Syafiq turut sama bekerja sebagai buruh. Keluarga ini mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor. 2 orang anak En. Abdul Rahis masih bersekolah manakala seorang lagi baru sahaja memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 disampaikan oleh Dato Bing Selamat Amir bersama Datin Tisa. Turut serta wakil dari SMK Batu Laut iaitu Cikgu Baharin b. Sedali, En. Azaman b. Nazir, En. Mahathir b. Amir Hamzah dan En.Saiful b. Rahman.
Keluarga En.Nordin b. Saleh (51 tahun) di Kg. Tanjung Layang. Hanya membuat kerja-kerja kampung bagi menyara keluarganya. Isterinya, Umi Kartini binti Misrun (40 tahun) bekerja membuat biskut di rumah jiran bagi membantu suaminya menyara keluarga. Kesemua 3 anak beliau masih bersekolah. Dato Bing Selamat Amir,ALPA YBK telah menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada En. Nordin. Turut sama dalam penyerahan ini ialah Datin Tisa, Cikgu Baharin b. Sedali, En.Azaman b. Nasir dan En.Mahathir b.Amir Hamzah dari SMK Batu Laut
Abdul Bahari bin Abdullah di Simpang Morib. Beliau terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai nelayan untuk menyara 7 orang tanggungannya yang terdiri daripada isteri (61 tahun), 2 orang anak dan 5 orang cucu yang mana 4 daripadanya masih bersekolah. Apabila cuti persekolahan, cucu beliau akan membantu sama untuk turun ke laut.Keluarga asnaf ini tinggal di bangunan kedai luar bandar yang disewa untuk berlindung daripada panas dan hujan. Datin Tisa telah menyerahkan sumbangan kepada Pn.Mariam binti Abdullah yang mewakili En.Bahari yang turun ke laut sewaktu kunjungan dibuat. Turut serta Dato Bing Selamat Amir ALPA YBK, Cikgu Baharin b. Sedali, En.Azaman b.Nazir, En.Mahathir b. Amir Hamzah dan En.Saiful b. Rahman dari S.M.K. Batu Laut. Juga turut serta En.Mohd Romdani dari Akademi Kemahiran Gesir.
Encik Azhar b. Masri (47 tahun) berniaga warung dengan pendapatan lebih kurang RM800 di Kg.Sg.Buaya, Banting. Menyara 9 orang anak dan isteri beliau, Rafidah binti Abdul Aziz (40 tahun) adalah suri rumahtangga. Keluarga ini mendapat bantuan Lembaga Zakat Selangor bagi pendidikan anak-anaknya. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 disampaikan oleh Dato Bing Selamat Amir ALPA YBK bersama Datin Tisa.Turut serta Cikgu Abdullah b. Hasmam guru pengiring dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Teluk Manggis. Hadir sama Pn.Norleza Hambali dan En.Mohd Romdani dari Akademi Kemahiran Gesir.